• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Darah Dalam Diri Saya Ini Bukan Darah Sembarangan, Kata Najib

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – “Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam saya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya,” katanya.

Sarawak menjadi negeri terkini (selepas Sabah dan Perlis) bagi Najib yang akan membolehkan beliau tidur dengan nyenyak, selepas melihat sokongan padu Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui beliau.

“Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang,” katanya.

Menurutnya beliau adalah Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak, dan kehadiranya tidak pernah dengan tangan kosong, yang mana dalam tempoh lima tahun pentadbirannya beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta merta’ buat pelbagai projek di Sarawak.

Berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini, katanya beliau yakin di bawah kepimpinan Adenan, BN akan terus mendapat mandat besar di Sarawak, menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang memuji kehebatan Adenan menerajui Sarawak berkata: “Dia (Adenan) hanya minta satu penggal saja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun”.

Najib berkata Perdana Menteri sebelum ini turut mengharungi pelbagai masalah besar dalam pentadbiran, dan disebabkan sokongan setia sebagaimana yang dicurahkan beliau kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini, membolehkan Perdana Menteri sebelumnya kekal berkuasa, ada sehingga 22 tahun.

“Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang. Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai ‘Apai Besai’. Saya nak
tanya orang Sarawak …nak lagi saya jadi PM ke tidak?” kata beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh “nak”.

“Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.

Katanya BN mahukan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang, kemenangan yang cukup meyakinkan, dan apabila menang nanti pula, mereka perlu bersikap merendah diri.

“Eksyen sikit tak apa, tapi jangan berlebihan dan perlu merendah diri, jangan malukan orang, merendah diri dan rakyat akan menghargai kamu, kita teruskan perjuangan ke hadapan. Insya-Allah BN akan berjaya pilihan raya akan datang kalau kita bersatu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd