• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kelewatan Bina Rumah Mangsa Banjir Di Kelantan – Rosnah

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Kerja Raya sekali lagi menegaskan tidak berlaku sebarang kelewatan dalam pembinaan projek rumah kekal bagi mangsa banjir di Kelantan malah prosesnya dipantau setiap masa.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dakwaan pihak tertentu bahawa projek itu lewat dibina adalah tidak benar kerana 100 unit lagi akan siap menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.

Jelasnya, kementerian sentiasa berinteraksi dengan kontraktor bagi memastikan jadual pembinaan dipatuhi malah kerja-kerja pembaikan kesemua rumah rosak juga hampir selesai.

“Jika berlaku kelewatan pun, ia disebabkan ada dalam kalangan mangsa banjir tidak mempunyai tanah sendiri untuk dibina rumah baharu dan kerajaan negeri (Kelantan) pula masih bermasalah untuk beri kita tanah sesuai.

“Kerajaan pusat melihat sekiranya kerajaan negeri tetap teragak-agak untuk sediakan tanah bagi rakyatnya, kita akan pertimbangkan untuk beli tanah itu demi kesejahteraan mangsa banjir ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Namun katanya, opsyen berkenaan masih dalam peringkat perbincangan dan kerajaan pusat sedang menanti tindakan kerajaan Kelantan dalam menyediakan tanah sesuai bagi projek perumahan berkenaan.

Tambah Rosnah, kerajaan Kelantan diharap dapat mengetepikan fahaman politik demi kesenangan rakyat kerana kerajaan pusat tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyalurkan sebarang bantuan.

Terdahulu, Rosnah menghadiri Majlis Karisma Ramadan dan Tadarus Perdana anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kota Raja di Masjid Alam Impian di sini.

Turut hadir, Penaung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor, Datin Paduka Tengku Puteri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kira-kira 500 anggota masyarakat menghadiri majlis berkenaan sempena menyambut kehadiran Ramadan. – BERNAMA

 

Tags: mangsa banjirRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd