• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kawasan Terputus Hubungan Jalan Akibat Gempa

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Sabah berkata setakat ini tiada kawasan di negeri itu terputus hubungan jalan raya susulan kejadian gempa bumi di Ranau pagi Jumaat.

Pengarahnya Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata walaupun jalan Ranau-Kundasang dilaporkan mengalami keretakan, ia masih boleh digunakan.

“Tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Tetapi ada kes orang awam yang pengsan akibat panik dan mengalami trauma,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut mengesahkan terdapat kerosakan pada beberapa bangunan di Ranau akibat gempa 5.9 pada skala Richter yang berlaku pada 7.15 pagi.

Katanya penduduk Ranau juga dilaporkan kembali melakukan rutin harian, namun pihak JPAM mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku gempa susulan.

Gegaran turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Di Kota Kinabalu, JPAM mengosongkan tiga bangunan iaitu Rumah Persekutuan Kota Kinabalu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah dan Wisma Dang Bandang sebaik gegaran dirasai.

Kebenaran masuk semula ke premis berkenaan diberikan pada pukul 10.30 pagi.

Mulliadi Al-Hamdi turut menggesa orang awam supaya tidak menyebar berita atau gambar palsu berkaitan kejadian ini.

“Situasi tidaklah seburuk yang digambarkan dalam media sosial. Perbuatan seumpama itu hanya menjadikan orang ramai panik, kalut dan hanya merumitkan keadaan,” jelas beliau. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumiJPAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd