• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Permohonan Kes Hasutan Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung video klip yang disiarkannya sempena Tahun Baharu Cina, hari ini gagal dalam permohonan supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim yang menolak permohonan berhubung isu undang-undang supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kamardin memutuskan Mahkamah Sesyen cukup kompeten untuk mendengar kes itu.

“Kalau perbicaraan dimulakan di Mahkamah Sesyen, keputusan masih boleh dirayu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana kedua-dua mahkamah ini kompeten untuk memutuskan isu undang-undang,” katanya.

Hakim itu berkata pihak pendakwa raya mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim itu juga memutuskan permohonan Kok itu tidak mempunyai merit.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Norsharidah Awang menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes Kok, selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Kok, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu pada minggu depan.

Pada 6 Mei tahun lepas, Kok yang juga Anggota Parlimen Seputeh mengaku tidakbersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerbitkan satu klip video menghasut bertajuk Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014 yang disiarkan sempena Tahun Baharu Cina pada Februari, 2014.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan melalui laman web http://www.youtube.com/ di alamat 90-02-07 Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar di sini kira-kira pukul 9 pagi, 1 Feb 2014.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. – BERNAMA

Tags: Teresa Kok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd