• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahaluf Siyasi Tak Libatkan Soal Akidah, Ideologi Parti

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – PAS yang hari ini mengekalkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) bersama pakatan pembangkang, menegaskan kerjasama itu tidak melibatkan soal akidah dan ideologi parti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata asas yang menyatukan PAS, DAP dan PKR dalam pakatan itu ialah isu-isu yang mempunyai titik persamaan sahaja.

“Sebab itu kami tidak sentuh isu sekularisme yang dianut DAP…tidak sentuh apa sahaja fahaman ideologi melainkan apa yang berkaitan dengan ideologi kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasarnya berhubung PAS perlu berhati-hati dalam mengekalkan tahaluf siyasi bersama pakatan pembangkang.

Ditanya Dewan Ulama PAS semalam yang meluluskan usul tergempar supaya PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP, Abdul Hadi berkata itu satu usul bukan satu keputusan dan terserah kepada muktamar untuk membuat keputusan.

“(Usul-usul yang dicadangkan) Itu demokrasi dalam PAS, setuju atau tidak, saya serah pada perwakilan (buat keputusan),” kata Abdul Hadi.

Mengenai langkah PAS untuk memperkukuh kepimpinan ulama dan mengangkat peranan profesional, katanya dalam parti itu tidak ada pemisah antara kedua-dua golongan sebaliknya apa yang membelenggu parti itu ialah pemikiran rakyat dipengaruhi oleh sekularisme yang memisahkan agama sebagai cara hidup.

Ditanya adakah golongan progresif dalam PAS dipengaruhi fahaman sekularisme, beliau berkata tidak ada fahaman tersebut sebaliknya apa yang dibanggakan ialah kejayaan pendidikan Islam sebagai amalan dan menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu termasuk wujudnya dewan himpunan penyokong PAS. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd