• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah Hargai Peranan Media

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Nazrin Shah bertitah baginda amat menghargai peranan pelbagai agensi dan petugas media yang memberi liputan meluas bersempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV.

“Media telah melaksanakan peranan amat penting menguar-uarkan acara-acara yang dianjurkan dalam semangat untuk mendidik dan meningkatkan kefahaman serta apresiasi masyarakat umum terhadap peranan dan relevansi institusi Raja dalam sistem berkerajaan dan bernegara, berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Penghargaan Kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Para Petugas Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV yang berlangsung di Hotel Casuarina, Meru Selasa.

Sultan Nazrin Shah turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar dan seluruh jentera kerajaan negeri yang disifatkan baginda sebagai telah mengusahakan yang terbaik untuk menjayakan istiadat pertabalan.

Baginda bertitah penyertaan golongan pelajar dan belia secara aktif dengan acara berbentuk intelek, keilmuan serta membina elemen kenegaraan yang berpegang kepada prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’, amat menggalakkan serta wajar terus dihidupkan dan berkesinambungan.

Baginda turut menyatakan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, RELA dan pelbagai badan beruniform.

Demikian juga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kesihatan, Pejabat dan Majlis Daerah serta pelbagai jabatan dan agensi lain serta pihak swasta.

“Begitu pula peranan rakyat jelata yang hadir menyambut keberangkatan Beta dan Raja Permaisuri,” ujar baginda.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin Shah bertitah jalinan kerjasama yang tinggi antara pelbagai jabatan, agensi, pihak swasta dan individu dalam semangat ‘berat sama dipikul’ untuk mencapai satu matlamat yang sama telah berjaya menghasilkan yang terbaik.

Justeru, baginda bertitah semangat kerjasama dan kesatuan matlamat ini hendaklah terus dipupuk dan dihidupkan sepanjang masa dan diterapkan sebagai budaya kerja untuk memajukan Perak.

Sultan Nazrin Shah turut menzahirkan penghargaan kepada ‘petugas tidak bernama’, iaitu mereka yang terlibat dalam kerja-kerja seperti membina ‘bill board’, merentang sepanduk, menggantung bendera, memasang lampu, dan sebagainya.

“Merekalah petugas yang telah melakukan kerja-kerja berat tanpa minta dipuji; mereka bermandi keringat, dibakar pancaran terik matahari, dibasahi hujan, didingini titisan embun malam,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah bertitah baginda sukacita apabila disembah maklum bahawa titah nasihat baginda untuk meminimumkan perbelanjaan telah dipatuhi.

Sehubungan itu, baginda menzahirkan hasrat untuk menyerahkan Balai Gambang yang dinamakan Cempaka Sari, iaitu kenderaan air diraja, kepada kerajaan negeri dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Kenderaan itu telah digunakan untuk menyusuri Sungai Perak dalam istiadat menziarah makam. – BERNAMA

 

Tags: mediaSultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd