• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Perlu Kental Walaupun Tanpa S.Kumar

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semangat skuad hoki negara perlu lebih kental dalam menghadapi cabaran separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia (WHL) di Antwerp, Belgium, walaupun beraksi tanpa kelibat penjaga gol utama, S. Kumar yang menarik diri ekoran kematian anaknya semalam.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata skuad hoki perlu berjuang habis-habisan kerana kejohanan itu juga merupakan pusingan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Malah, beliau berkata kejayaan itu juga boleh dijadikan tanda penghargaan kepada Kumar, sepanjang penglibatan pemain berusia 35 tahun itu dalam dunia hoki negara.

“Kita harap mereka (skuad hoki kebangsaan yang kini berada di Belgium) menganggap apa yang berlaku kepada Kumar sebagai satu cabaran untuk mereka boleh menyumbang sesuatu kepada beliau dan keluarganya,” katanya ketika ditemui di rumah Kumar di Taman Puncak Jalil 9, di sini hari ini.

Menurut Persekutuan Hoki Malaysia (MHC), anak lelaki bongsu Kumar, Harshenn, yang berusia dua tahun enam bulan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pagi semalam, selepas dimasukkan ke hospital selama sehari kerana menghidap demam panas dan muntah-muntah.

Berikutan itu, Kumar yang sedang menjalani persediaan menghadapi Liga Hoki Dunia di Belgium, diterbangkan pulang ke tanah air dan tiba pagi ini untuk upacara pengkebumian anaknya.

Kumar juga mengesahkan untuk menarik diri daripada aksi di Belgium dan tempat beliau diganti oleh penjaga gol ketiga Muhammad Hafizuddin Othman yang dijangka berlepas malam ini.

Ahmad Shapawi turut merakamkan ucapan takziah daripada pihak MSN dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke upacara penghormatan terakhir di kediaman Kumar itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Sudah tentu Kumar berada dalam keadaan yang begitu sukar. Harap seluruh warga sukan dan rakyat Malaysia mendoakan agar Kumar dan keluarga tabah menghadapi keadaan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MHC K. Logan Raj berkata penjaga gol gantian, Muhammad Hafizuddin akan berlepas malam ini ke Belgium untuk menyertai skuad kebangsaan menjalani latihan sebelum menghadapi saingan di WHL pada 20 Jun hingga 5 Julai ini.

Turut kelihatan pada upacara penghormatan terakhir di kediaman Kumar, ialah bekas pemain hoki kebangsaan yang juga rakan sepasukan, Timbalan Presiden MHC (Bahagian Wanita) Dr S. Shamala, bekas Naib Presiden Kanan MHC Datuk Nur Azmi Ahmad, bekas pemain bola jaring kebangsaan Fadzlun Abas, atlet karate R. Puvaneswaran dan anggota keluarga terdekat Kumar. – BERNAMA

https://youtu.be/qvrCnhwO8P0

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd