• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Badminton Tambah 2 Pingat Emas Terakhir Di Singapura

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Skuad badminton negara menambah dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan beregu wanita buat kontinjen negara di Sukan SEA ke-28 Singapura.

Pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng mudah mengenepikan rakan sepasukannya Muhamad Arif Ab Latif dengan straight set 21-8 dan 21-9 dalam perlawanan akhir di sini.

Wei Feng berkata beliau sangat berpuas hati dapat menebus kekecewaan dua tahun lepas di Myanmar apabila sekadar bersaing di pusingan awal sahaja.

Kemenangan itu juga menamatkan penantian 14 tahun negara meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki.

“Saya sangat berpuas hati dapat pingat emas sebab sudah lama perseorangan lelaki tidak dapat pingat emas di Sukan SEA.

Prestasi saya juga semakin baik, saya harap akan terus meningkat dan layak ke Sukan Olimpik,” kata Wei Feng.

Dalam satu lagi final, beregu wanita negara, Soong Fie Cho/Amelia Alicia Anscelly menewaskan beregu sepasukan mereka Vivian Hoo/Woon Khe Wei untuk meraih pingat emas acara badminton di Sukan SEA ke-28 Singapura hari ini.

Fie Choo dan Amelia mudah menewaskan Vivian dan Khe Wei dengan straight 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi perlawanan final.

Bagi Amelia kemenangan itu menaikkan semangat mereka untuk melakar kejayaan lebih besar selepas ini.

“Memang kami puas hati sebab dapat kalahkan beregu utama negara, kami bukan nobor dua (dalam kedudukan beregu wanita negara). Saya memang tidak pernah putus asa. Menang pingat emas di Sukan SEA memang paling bermakna buat saya,” katanya.

“Persefahaman dan komunikasi yang baik bersama Fie Choo hari ini menjadikan kami lebih bersemangat. Kami juga bermain tanpa tekanan,” kata Amelia.

Sementara itu beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying sekadar meraih pingat perak selepas tewas kepada Praveen Jordan/Debby Susanto dari Indonesia dalam pertembungan sengit 21-18, 13-21 dan 23-25.

Kali terakhir beregu campuran meraih pingat emas di Sukan SEA ialah menerusi Chew Choon Eng/Chor Hooi Yee di Brunei pada 1999.

Skuad badminton menyumbang dua pingat emas dan empat pingat perak dan dua pingat gangsa pada hari terakhir acara badminton dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd