Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Keliru Papan Tanda ‘Pork...

Zed Zaidi, 34, atau nama sebenarnya Rozaidi bin Abd Jamil dikecam peminat selepas mengeluarkan...

IATA Hentikan Pelaksanaan Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menghentikan pelaksanaan inisiatif 'Cabin OK'...

Pemilik Bengkel Daftar Segera...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa mana-mana bengkel membaiki kenderaan di...

Keluarga TGNA Mohon Pulangkan...

ANAK Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Asma' Salsabila mendedahkan di laman...

Samsung Mohon Maaf Jadi Punca MERS Merebak

SEOUL – Naib Pengerusi Kumpulan Syarikat Samsung, Lee Jae-yong pada Selasa secara rasmi meminta maaf atas penularan penyakit maut Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang semakin teruk di Korea Selatan.

Pada sidang media diadakan di Seoul, gergasi antarabangsa itu berkata, sekitar separuh daripada kes jangkitan MERS di negara ‘kimchi‘ itu dikesan dari Pusat Perubatan Samsung, iaitu yayasan amal kumpulan tersebut.

Langkah permohonan maaf secara mengejut itu dibuat selepas pihak berkuasa mengumumkan tiga lagi kes baharu MERS dilaporkan pada 23 Jun di seluruh Korea Selatan, tetapi tiada rekod kematian baharu yang dicatatkan.

Menurut Jae-yong, Pusat Perubatan Samsung didapati gagal mengekang penularan MERS dan ia menyebabkan kesengsaraan serta keprihatinan orang awam yang semakin bimbang menjadi mangsa jangkitan seterusnya pula.

Pusat itu terletak di Irwon-Dong dalam daerah Gangnam-Gu diasaskan sejak 1994 hasil gabungan Hospital Seoul Samsung, Hospital Samsung Kangbook, Hospital Samsung Changwon dan Pusat Kajian Sains Hayat Samsung.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan, daripada 175 kes MERS di Korea Selatan, 85 adalah merupakan pesakit, sanak saudara, kakitangan dan pelawat dari Pusat Perubatan Samsung di selatan ibu kota Seoul.

Ketika pihak berkuasa cuba membendung penularan virus tersebut, tanda tanya timbul mengapa langkah-langkah pencegahan awal tidak diambil selepas kes pertama MERS dikesan di Korea Selatan, pada bulan lalu.


Pusat Perubatan Samsung yang merupakan sebuah hospital barah terbesar dan terbaik di Asia bagaimanapun hanya ditutup kepada awam pada 14 Jun lalu dalam usaha mengekang bertambahnya kes jangkitan baharu.

Penularan di Korea Selatan itu, yang terburuk di luar Arab Saudi, sudah mengorbankan 27 orang sejauh ini dan mencetuskan kemarahan rakyat apabila langkah pencegahan yang lemah dalam menangani wabak MERS.

Bagi membendungnya daripada terus merebak, pihak berkuasa mula melarang mereka yang dikuarantin daripada menggunakan sebarang perkhidmatan penerbangan domestik sama ada untuk urusan kerja atau bercuti.

Langkah drastik itu diambil setelah seorang pesakit didapati pernah mengunjungi pulau peranginan popular Jeju di selatan, selepas baharu sahaja menunjukkan tanda-tanda jangkitan. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori