• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM13 Billion Telah Diperuntuk Kerajaan Untuk BR1M

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM13 bilion dari tahun 2012 hingga 2015 bagi pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfaatkan hampir 7.4 juta rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pada tahun ini sahaja kerajaan menyediakan lebih RM5 bilion sebagai peruntukan bantuan itu yang diagihkan mengikutkan pendapatan isi rumah.

“Pada tahun 2015 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah yang menerima BR1M adalah 4.1 juta orang dengan jumlah keseluruhan BR1M ialah RM3.9 bilion.

“Sementara untuk isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 jumlah penerima ialah 400,010 orang dan jumlah BR1M RM300 juta dan untuk individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah jumlah penerima ialah 2.7 juta dengan jumlah bantuan RM947 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) yang ingin tahu jumlah penerima BR1M 2015 yang masih tidak mempunyai akaun simpanan untuk menerima bantuan itu melalui perbankan, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad berkata untuk BR1M tahun ini juga, seramai 6.4 juta penerima telah mengemukakan maklumat akaun dan menerima bantuan mereka terus ke akaun bank masing-masing, sementara 820,000 penerima masih menerima bantuan itu melalui baucar.

Beliau menambah, bagi mengurangkan masalah ketirisan dn memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan itu, proses verifikasi dilaksanakan secara menyeluruh setiap tahun dengan semakan bersama data-data dari pelbagai agensi kerajaan.

Antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akaun Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, katanya. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd