Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Agong Tolak Deklarasi Ciptaan...

MEDIA propembangkang sebelum ini kecoh melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan...

Sebanyak 8833 Jemaah Haji...

NARATHIWAT - Sebanyak 8833 umat Islam dari Thailand bakal menunaikan ibadah Haji tahun...

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan...

Kongres PKR: Menteri, YB...

PUTRAJAYA: Pemimpin parti yang memegang jawatan di peringkat Kabinet mahupun wakil rakyat ditegur...

Rizalman “Sekolahkan” 2 Pengguna Facebook Mulut Celupar

ANTARA perkara yang menyakitkan hati apabila membuka laman sosial pada hari ini adalah ramai manusia beraksi bagai ustaz, ustazah dan polis moral di Facebook (juga Instagram) apabila gemar memberikan teguran terutama kepada para artis dan selebriti.

Sesetengah teguran memang berasas tapi tak kurang juga, ada yang seolah-olah sengaja mencari poin untuk mencari kesalahan dan mencipta kontroversi.

Contoh terbaharu menimpa pereka fesyen terkenal, Rizalman yang dipertanggungjawabkan mereka baju pengantin bagi peserta program realiti Astro, Pelamin Fantasia.

Hanya berdasarkan telahan sendiri dua orang pengguna Facebook mencetuskan marah Rizalman apabila mendakwa rekaannya tak “class” dan tak “vogue” langsung selain baju “bajet murah”.

rizalman (2)

Susulan itu Rizalman berkongsikan dua komen Facebook tersebut sambil menegaskan, beliau ikhlas melakukan kerjanya malah keluarga pengantin amat berterima kasih padanya seterusnya diakhiri dengan teguran sinis berbunyi, “Saya rasa akak berdua yang patutnya BISU!”

rizalman (1)\


Pelamin Fantasia adalah program yang merealisasikan “perkahwinan Impian” di mana para peserta diadili oleh tiga juri iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa dan Rizalman Ibrahim sendiri.

Musim ini menyaksikan kemenangan menjadi milik penternak lembu dan kambing, Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26, dan pasangannya, Norafiqah Ma Hassan, 24 yang telah selamat diijabkabulkan pada malam Sabtu.

Kredit Foto: MStar Online
Kredit Foto: MStar Online

Norafiqah merupakan gadis istimewa yang mempunyai masalah pendengaran.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=5U1moM4fp3s

Oleh: Rem Ramzi

1 komen

  1. Pada aq mmg xda kelas pun. Sbb nya x pakai menjaga aurat. Pakaian tiket masuk neraka. Yg pakai, yg buat pakaian tu, jawab kt akhirat sok. Ok habis pasal pakaian.
    Aq mendoakan pengantin bahagia selalu…. tahniah rezeki kawin tu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori