Penceramah sensasi, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah mengkritik tindakan Sasterawan Negara, A Samad Said yang menyertai DAP.
Ujar Ridhuan yang juga ahli akademik Universiti Pertahanan Nasional, figura seni yang lebih dikenali sebagai Pak Samad itu seharusnya menyertai parti yang boleh membawanya ke syurga.
Ultra Kiasu Guna Strategi Hitler Jatuhkan UMNO, PAS – Ridhuan Tee
Tulisnya menerusi ruangan rencana dalam Sinar Harian, “Hebat Melayu Ultra Kiasu ini sehingga tidak memilih parti UMNO atau Pas sebagai wadah.
“Nasihat saya, bila berpolitik (atau bekerja) pastikan wadah politik boleh membawa kita ke syurga.”
Sindiran tersebut dilontarkan Ridhuan berikutan tindakan Pak Samad yang mengumumkan menyertai DAP, malah sanggup menjadi ‘hamba’ parti itu serta menolak sebarang jawatan.
Selain itu, beliau juga menyentuh isu pembinaan masjid yang dicanangkan oleh DAP di Kelantan.
“Macamlah Kerajaan Kelantan begitu haprak sehingga tidak mampu untuk membina masjid di buminya sendiri.”
Katanya, pembinaan masjid di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dilakukan kerajaan negeri berdasarkan keperluan dan bukan dibina sewenang-wenangnya.
Ridhuan turut memberi contoh pembinaan patung Buddha kedua terbesar di dunia yang dibuat di negeri tersebut walaupun penganutnya hanya minoriti.
“Inilah toleransi umat Islam yang tidak ada di negara lain.”
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada PAS kerana berani membuat keputusan untuk menolak dibuli lagi serta bersyukur kerana Pakatan Rakyat sudah menemui noktah.
Ujarnya lagi, memang tidak dinafikan bahawa UMNO mahupun PAS memerlukan sokongan bukan Islam untuk memerintah.
“Sebab itu, UMNO perlukan BN, Pas perlukan PR. Namun, dalam soal prinsip kita tidak boleh bertolak ansur.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Ridhuan Tee Bidas DAP Kaw Kaw
https://www.youtube.com/watch?v=DS9wSQ1m5nY