Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan:...

TIAP kisah perjuangan pasti ada ikhtibar. Apa lagi kisah mengenai kemerdekaan. Sejarah kita...

Pelik.. Teh Ini Antilelaki...

WASHINGTON DC - Kajian terbaharu saintis Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berjaya menemui...

RM14.9 Juta Ditemukan Dari...

PUTRAJAYA - Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas sindiket pelacuran di Kota...

Siti Saleha Jadi Diri...

SEBELUM ini, pelakon jelita Siti Saleha mengakui dia tidak suka jika dirinya terpalit...

13 Penjenayah Terlibat Dalam Rompakan Kapal MT Orkim Harmony

PUTRAJAYA – Risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati 13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk AhmadPuzi Ab Kahar berkata lima daripada mereka beredar menggunakan bot tunda yang digunakan untuk merapati kapal, manakala lapan lagi menaiki kapal tangki tersebut.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bot tunda yang dipercayai digunakan suspek untuk merompak kapal MT Orkim Harmony ditemui di Batam dua hari lepas.

“Kita telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia berkenaan pencarian baki lima penjenayah itu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan kapal tangki MT Orkim Harmony di sini hari ini.

Lapan suspek kes kapal tangki membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta itu ditahan pihak berkuasa Vietnam pada Jumaat lepas berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam.

Ahmad Puzi dalam kenyataannya semalam berkata pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan bahawa lapan suspek berkenaan mengaku terlibat dalam rompakan MT Orkim Harmony dan APMM sudah memulakan proses ekstradisi lapan suspek itu.

Mengenai lapan suspek itu, Ahmad Puzi berkata siasatan pihak berkuasa Vietnam menunjukkan mereka berpengalaman dalam melakukan rompakan di laut selain mahir dalam pengendalian kapal.


Beliau berkata pelbagai alatan perhubungan, antaranya alat komunikasi satelit turut ditemui semasa ditahan, menunjukkan mereka merupakan ‘perompak profesional’ yang mempunyai rangkaian yang luas.

“Siasatan APMM ke atas anak kapal yang diselamatkan juga mendapati suspek yang dikenali sebagai ‘Ruslan’, yang dipercayai ketua kepada penjenayah itu sering membuat panggilan dan bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

“Kenyataan anak kapal memberi maklumat, rumusan dapat dibuat apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal itu,” katanya, serta menambah soal siasat ke atas 22 anak kapal telah selesai dijalankan.

Berhubung usaha membawa lapan suspek tersebut ke Malaysia, Ahmad Puzi berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan negara lain tetapi beliau percaya hubungan yang rapat antara negara ASEAN memungkinkan proses ekstradisi itu akan dapat dipermudah.

Dalam pada itu, beliau berkata APMM bercadang menempatkan anggota pasukan khas atau Special Task and Rescue Team (STAR) secara rambang di atas kapal komersial yang berdaftar di negara ini bagi meningkatkan keselamatan kapal di masa hadapan.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirompak pada 11 Jun lepas, berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada pukul 7.30 pagi Sabtu lepas, lewat lima ja daripada waktu ia dijadualkan tiba berikutan mengalami masalah enjin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori