• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Digesa Sertai Silat, Penuhi Masa Terluang – Azlan

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menasihatkan golongan remaja agar mendalami ilmu persilatan yang memberi kebaikan daripada membuang masa tanpa tujuan.

Katanya ilmu persilatan mendidik pengamalnya mendisiplin diri, sabar serta tenang dalam menghadapi cabaran atau dugaan selain membina keperibadian mulia.

“Untuk menjadi pewaris bangsa dan negara, golongan remaja hendaklah sedar nilai yang perlu ada dalam diri mereka,” kata Azlan pada perasmian Festival Seni Silat Terbuka Perlis bagi merebut Piala Menteri Besar Perlis 2015 di Dewan Rakan Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri merangkap Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Perlis, Abdul Jamil Saad.

Menurut Azlan, dalam zaman moden sekarang wujud pelbagai bentuk ancaman yang mempengaruhi remaja sehingga ramai tersasar dan terpengaruh dengan budaya barat.

“Saya yakin mendalami ilmu persilatan mampu menjadi perisai yang dapat menangkis budaya songsang dan sebaliknya remaja akan lebih cintakan negara,” tambahnya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Jamil berkata sebanyak 260 peserta berumur antara 6 tahun dan 20 tahun dari seluruh negara menyertai kejohanan tiga hari itu yang julung kali diadakan.

Katanya kejohanan itu merupakan persiapan negeri mencari pesilat untuk bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan. – BERNAMA

 

Tags: Azlan Mansilat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Kaji Cadangan Mansuh Visa Untuk Pelancong Dari China

Next Post

CAGM – Apa Kaitan Tun M Dengan Syarikat Tenaga Nuklear Perancis?

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

Next Post

CAGM - Apa Kaitan Tun M Dengan Syarikat Tenaga Nuklear Perancis?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd