• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek PPA1M Sasar Bina 217 Rumah Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dalam usaha memastikan seramai mungkin penjawat awam dapat memiliki kediaman sendiri di bandar, kerajaan hari ini melancarkan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bagi daerah Kuantan hari ini.

Majlis pecah tanah dan pelancaran projek disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ali ketika ditemui pemberita selepas pelancaran projek itu berkata kerajaan mensasarkan pembinaan 217 unit rumah teres dua tingkat iaitu 189 unit dengan keluasan 20 x 75 kaki dan 28 unit dengan keluasan 20 x 80 kaki.

“Rumah ini ditawarkan kepada penjawat awam yang tinggal di kawasan Kuantan dan harga bagi seunit rumah ditawarkan pada harga RM296,000.

“Projek yang dibina di atas tanah persendirian milik pemaju Webcon Builders Sdn Bhd dengan keluasan 7.32 hektar ini dijangka siap dalam masa dua tahun,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbadanan Negeri Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Ali berkata projek dengan kerjasama kerajaan negeri itu mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 200 penjawat awam mendaftar bagi pembelian rumah berkenaan selepas sejam tawaran dibuka di tapak pelancaran itu hari ini.

Sebelum itu, Ali dalam ucapannya berkata satu proses undian akan dijalankan selepas penyaringan dibuat bagi memastikan pembeli yang menepati kelayakan sahaja yang dibenarkan memiliki kediaman tersebut.

Katanya, bagi menjayakan projek PPA1M di Kuantan itu juga kerajaan negeri menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mewujudkan jawatankuasa penyelaras pelaksanaan projek bagi melancarkan projek berkenaan.

Jawatankuasa itu, katanya, perlu bagi memberi perhatian kepada aspek kesesuaian lokasi projek, perancangan kerajaan negeri bagi kawasan yang akan dimajukan serta aspek permintaan atau prospek pembeli di kalangan penjawat awam. – BERNAMA

 

Tags: PahangPPA1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd