• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Pasti ‘Yassin’ Disyaki Terlibat Kes Di Wang Kelian

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis telah mengenal pasti individu bernama ‘Yassin’ yang disyaki merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mencari kesemua suspek yang dipercayai terlibat dan tindakan lanjut akan diambil bagi membanteras sindiket sedemikian.

“Untuk makluman semua, di kalangan orang Rohingya, nama Yassin adalah nama biasa, macam Aung (untuk) bukan Muslim, yang Muslim ialah Yassin.

“Jadi kita tahu siapa dia (Yassin), biarlah kita jalankan siasatan kita dan mengambil tindakan lanjut,” kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Pengerusi Perkep JIPS di sini, hari ini.

Khalid diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali baru-baru ini bahawa kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang ‘dibeli’ oleh ejen besar sindiket itu yang dikenali dengan nama ‘Yassin’.

Tegasnya, polis juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana ejen, badan mahupun penguat kuasa yang didapati terlibat dalam kes berkenaan.

Pada majlis itu, Datuk Jamshah Mustapha dan Datuk Noriah Hashim menerima pemakaian pangkat dan masing-masing memegang jawatan sebagai pengarah JIPS dan pengerusi PERKEP JIPS. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd