• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS Nafi Halang Penganut Hindu Ke Kuil

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendakwa isu yang dibangkitkan segelintir pihak berkenaan pengalihan Kuil Sri Maha Kaliaman Alayam di Kampong Seri Temenggong, Batu Caves tidak benar.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, PKNS tidak pernah menghalang penganut agama hindu ke kuil tersebut seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini pada 1 Jun lalu.

“Kuil itu dibina dibawah tapak rintis TNB dan bukan di tanah milik PKNS. PKNS membina hoarding di tapak projek berkeluasan 8.6 ekar tersebut untuk membina 418 Rumah Selangorku Idaman PKNS dan 42 unit lot perniagaan.

“Pembinaan hoarding merupakan standard biasa bagi pembinaan satu-satu projek untuk menghalang mereka yang tidak berkenaan memasuki tapak projek dan boleh membahayakan mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ishak berkata. penganut hindu mempunyai laluan alternatif ke kuil tersebut malah terdapat satu lagi laluan alternatif yang dicadangkan oleh pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves tetapi masih belum dimuktamadkan.

“PKNS turut kesal dengan tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memusnahkan harta benda perbadanan sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000,”katanya lagi. – mynewshub.cc

 

Tags: kuilPKNS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Kuil Tersebut Dibina Di Atas Tanah Milik Keluarga Anda? – Hindu Task Force

Adakah Kuil Tersebut Dibina Di Atas Tanah Milik Keluarga Anda? – Hindu Task Force

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hindu Task Force mempersoalkan Pemuda PAS Lembah Pantai kerana didakwa cuba mencetuskan polemik berhubung isu kuil di...

Kuil Dalam Rizab Jalan, Mesyuarat Cari Penyelesaian Elak Diroboh – Teresa Kok

Kuil Dalam Rizab Jalan, Mesyuarat Cari Penyelesaian Elak Diroboh – Teresa Kok

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memaklumkan beliau bersama kakitangannya menghadiri satu mesyuarat berhubung cadangan pelebaran jajaran baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd