BEIJING – Seorang pesakit kanser melakukan tindakan yang mengejutkan apabila menyerang seorang doktor dan membakarnya dalam kejadian yang berlaku di Hospital Perubatan Universiti Guangxi.
Pesakit berkenaan, Wang, telah disahkan menghidap kanser kerongkong sejak tiga tahun lalu.
Pada hari kerjadian, dia telah telah memasuki lif yang turut dinaiki Dr. Tan, 54, lalu terus mencurahkan minyak tanah dan menyalakan api sebelum melarikan diri.
Pesakit lain yang ketakutan kemudiannya menjerit meminta tolong sebelum staf hospital bergegas menyelamatkan Dr. Tan dan memasukkannya ke dalam wad kecemasan.
Menurut Naib Presiden hospital berkenaan, Tang Wei, Dr. Tan merupakan timbalan pengarah unit radiotheraphi dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun sebagai pegawai perubatan.
“Dr. Tan mengalami 34 peratus luka terbakar di seluruh badan dan 15 peratus daripada kecederaan itu diklasifikasikan sebagai serius.
“Kita tidak pernah menerima aduan daripada Wang mengenai Dr. Tan malah Dr. Tan sendiri tidak ingat berlaku apa-apa insiden pergaduhan dengan Wang sepanjang rawatan yang dilaluinya di hospital berkenaan,’’ kata Tang Wei.
Dalam pada itu, Wang berjaya ditangkap selepas dia ditemui bersembunyi di dalam bilik bawah tanah di hospital berkenaan dan kini berada dalam lokap polis. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Hl_BedNVtK8


