Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tiada Ciri Tun...

LONDON - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan Datuk Seri...

Isteri Merana Kekasih Gelap...

MEMANG sedih mengenangkan nasib seorang ibu tunggal yang telah kematian suami ni.Disangkakannya setelah...

Tipu Kekasih, Bermesra Dengan...

MACAM-MACAM perkara dilakukan oleh mereka yang curang. Ini yang berlaku kepada seorang lelaki...

Moyes Kekal Rentak Tanpa...

MADRID - David Moyes menyambung permulaan tanpa kalah bersama Real Sociedad apabila dia...

Perhimpunan Khas MIC Setuju Palanivel Bukan Lagi Anggota MIC

KUALA LUMPUR – Perhimpunan khas MIC yang dianjurkan oleh kumpulan yang menentang Presiden Datuk Seri G. Palanivel hari ini meluluskan dua resolusi termasuk mengisytiharkan presiden parti itu bukan lagi menjadi ahli parti kaum India itu.

Sebanyak 2,758 pengerusi cawangan MIC membuat ketetapan itu semasa perhimpunan bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Resolusi pertama menyatakan: “Kami dengan ini membuat ketetapan bahawa Artikel 91 Perlembagaan MIC jelas menyatakan antara lain, bahawa tiada anggota parti yang boleh membawa hal parti ke mahkamah tanpa kebenaran Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), sekiranya gagal, individu itu hilang keahlian ‘opso facto’ serta merta”.

Resolusi kedua menyatakan: “Kami dengan ini membuat ketetapan untuk mengguna pakai arahan RoS (Pendaftar Pertubuhan) untuk menjalankan pemilihan semula dan mengekalkan keputusan mahkamah bahawa Palanivel dan empat yang lain yang memulakan saman itu atas kapasiti individu dan bukan bagi pihak parti”.

Resolusi itu dibacakan oleh Dr Subramaniam.

Hadir sama bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden Datuk M. Saravanan, anggota CWC interim 2009-2013 yang diperakui RoS, Datuk Seri S.K. Devamany, anggota CWC, P. Kamalanathan, Ketua Pemuda parti C. Sivarraajh dan Ketua Wanita, M. Mohana.


Ditanya reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan Palanivel semalam, Dr Subramaniam berkata Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) mempunyai hak untuk memberi nasihat demi kebaikan parti komponen.

Perdana Menteri hari ini menegur Palanivel kerana memutarbelitkan fakta dan mengheret orang lain ke dalam krisis parti itu.

Najib dalam Twitter beliau hari ini berkata beliau akan memanggil Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya pada perjumpaan khas MIC dengan pengerusi cawangan parti itu di PWTC semalam.

Berhubung isu pemilihan baharu, Dr Subramaniam berkata cadangan Palanivel tidak mempunyai asas undang-undang apabila ia hanya boleh dilaksanakan pada 2016, apabila tempoh CWC sekarang berakhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori