• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Terkejut Terima Caj Bil Air Lebih RM400,000

oleh AK-47
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG peniaga barangan elektrik terkejut selepas menerima caj penggunaan bil air bagi bulan Mei untuk premis kedai yang disewanya itu mencecah lebih RM400,000.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 54,  menyewa premis di Pusat Bandar Bagan Serai, Perak, itu terkejut selepas terima bil air itu minggu lalu.

Jumlah caj yang tertera dalam bil itu adalah RM421,270.35 dan keseluruhan caj penggunaan bil air itu termasuk caj Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM18,782.75.

“Jumlah caj yang tertera pada bil air itu mengejutkan saya memandangkan premis yang disewa selama enam tahun itu hanya dicaj penggunaan bil air tidak melebihi RM30 sebulan.

“Bimbang disalah anggap pemilik kedai, saya segera memaklumkan kejadian itu kepadanya dan memintanya melakukan semakan semula dengan pihak Lembaga Air Perak (LAP) bagi mendapatkan pengesahan sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemilik premis tersebut juga terkejut dengan jumlah caj tertera dalam bil itu dan segera merujuk kepada pengurusan LAP Cawangan Parit Buntar dan mendapati ada kesilapan teknikal semasa bil itu dicetak.

“Setelah jumlah caj penggunaan sebenar bil air dibetulkan semula, pemilik premis lega apabila caj yang dikenakan hanya sebanyak RM25.13 termasuk caj GST.

“Saya dan pemilik premis berterima kasih kepada pengurusan LAP cawangan Parit Buntar kerana mengambil tindakan pantas memperbetulkan jumlah caj penggunaan bil air premis berkenaan.

“Pada masa sama, saya berharap masalah ini tidak akan berulang pada masa hadapan,” tambahnya.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

Tags: airBilcaj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd