• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Ranau Masih Trauma Dengan Insiden Gempa Bumi

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Urusan harian di pekan Ranau berjalan seperti biasa walaupun daerah berkenaan paling terkesan akibat dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter kira-kira 7.15 pagi Jumaat, berbanding daerah lain di pantai barat Sabah.

Tinjauan Bernama pada Sabtu mendapati orang ramai masih berpusu-pusu ke Tamu Pekan Ranau untuk membeli barangan keperluan manakala pekebun sayur seperti biasa memasarkan sayur-sayuran tanah tinggi antaranya sawi, kubis, tomato, cili besar dan daun bawang.

Aktiviti pengangkutan awam yang menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan dari pekan Ranau ke kampung-kampung di sekitarnya turut beroperasi seperti biasa manakala restoran-restoran pula masih dipenuhi pelanggan yang rancak bercerita tentang bencana alam yang baru sahaja menimpa daerah mereka.

Bagaimanapun di sebalik kerancakan mereka melaksanakan aktiviti harian dalam mencari rezeki untuk meneruskan hidup, jauh di benak kebanyakan penduduk Ranau terselit kebimbangan dan ketakutan ekoran peristiwa yang menggoncang emosi mereka itu.

“Biasanya saya turun awal pada waktu pagi ke kebun untuk memetik sayur-sayuran. Bagaimanapun, semalam, saya cuma ke kebun pada waktu tengah hari kerana takut selepas gegaran pagi semalam,” kata Jene Sapin, 60, dari Kampung Lembah Permai, kepada Bernama ketika ditemui di Tamu Pekan Ranau.

Jene yang masih takut gegaran kuat akan berulang berkata gegaran semalam merupakan yang terkuat pernah dirasai sepanjang hayatnya.

“Saya masih rasa trauma. Saya takut ada lagi gegaran kuat akan datang,” kata Satidah Suhaidi, 43, anak saudara Jene yang turut menjual sayur-sayuran bersebelahan ibu saudaranya itu di Tamu Pekan Ranau.

Menceritakan detik peristiwa gempa bumi itu, Satidah berkata pagi itu dia sedang mengemas rumah di ruang tamu rumahnya apabila gempa bumi berlaku.

“Saya panik dan bingung ketika rumah saya bergoncang. Saya mahu keluar dari rumah tetapi saya tidak dapat berjalan. Saya rasa pening. Saya, anak-anak dan adik saya cuma dapat turun ke bawah selepas gegaran mula berkurangan.

“Selepas keluar dari rumah, badan saya bergetar, demikian juga dengan anak-anak saya malah wajah anak-anak saya dan adik saya kelihatan pucat lesi kerana ketakutan,” katanya.

Satidah berkata selepas peristiwa itu, dia tidak berani tinggal lama di kebun sayurnya, sebaliknya cepat-cepat mengambil sayur dan terus balik ke rumah.

Bibi Sabariah Jalil, 62, dari Kampung Silou pula berkata malam tadi dia tidak dapat tidur semalaman kerana masih takut dan bimbang gegaran kuat akan berulang.

Katanya ketika kejadian dia sedang mencuci pinggan di dapur rumah sawah padinya apabila dia melihat pokok kayu bergoyang kuat. Dia segera turun ke bawah lalu serta-merta duduk mencangkung dan memaut rimbunan rumput yang tumbuh di laman rumahnya.

“Kalau saya tidak berpaut pada rimbunan rumput itu sudah tentu saya akan tersungkur ke tanah. Bagaimanapun gegaran kali ini berbeza dengan gegaran kuat yang pernah saya rasai lama dahulu kerana gegaran dahulu saya seperti dilambung ombak besar namun kali ini cuma goncangan kuat,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumiSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd