• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekar Negara Omardin Mauju Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal di sini awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi ini setelah 15 hari menerima rawatan di hospital itu, menurut anak allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain.

“Sebelum ini arwah ada menghidap barah tulang, daripada barah itu dia mengalami komplikasi buah pinggang dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal selama 15 hari,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Kompleks Lincah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak dekat sini selepas Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan dua anak lelaki.

Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan PSSLM bersempena 50 tahun pertubuhan itu.

Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd