• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin DAP Kesal Nik Abduh Hina Kaum Wanita

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Wanita DAP, Kasthuri Patto kesal dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang didakwa menghina kaum wanita.

Kata beliau, kenyataan Nik Mohamad Abduh bahawa DAP sebuah parti pengecut ibarat perempuan berbaur seksis sekali gus menunjukkan kekolotan minda pemimpin muda PAS tersebut.

“Kenyataan dibuat dengan niat dan sangkaan buruk terhadap kaum wanita mencerminkan perwatakan Nik Mohamad Abduh sebagai seorang yang kuno pemikirannya.

“Mungkin beliau sudah lupa diri sehingga mempertuhankan ideologi patriarki dan dengan bongkak mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersifat jantan dan DAP bersifat perempuan walaupun perbandingan itu tidak masuk akal langsung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kasthuri berkata, DAP tidak perlu membuktikan apa-apa berhubung dakwaan berbaur seksis tersebut kerana Nik Mohamad Abduh baru setahun jagung dalam arena politik.

Beliau turut menegur Nik Mohamad Abduh bahawa agama Islam mengajar wanita dihormati dan dilindungi.

“Janganlah pula Ketua Pemuda PAS termakan dengan umpan sesetengah pihak bagi menyelerakan nafsu jahil mereka bak kata pepatah habis cupak dari pelelehan,” katannya.

Beliau turut meningatkan jumlah pengundi wanita pada pilihan raya umum yang lalu seramai 6,664,474 atau 50.23 peratus berbanding pengundi lelaki 6,603,528 atau 49.77 peratus.

“Ini bererti peratusan keluar mengundi dalam PRU 13 menunjukkan lebih ramai pengundi wanita telah keluar membuang undi berbanding dengan lelaki dan kenyataannya itu telah mengkhianati kepercayaan semua pengundinya,” katanya.

Mynewshub.cc semalam melaporkan Nik Mohamad Abduh mengejek DAP sebagai parti yang pengecut kerana tidak berani berpisah dengan PAS.

Justeru, beliau Nik Mohamad Abduh DAP menjadi parti bersifat `jantan’ dengan mengumumkan segera bahawa parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan PAS.

Nik Mohamad dipetik berkata, PAS ibarat parti `jantan’ manakala DAP sebuah parti `perempuan’ kerana PAS dengan berani mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan DAP. – mynewshub.cc

 

Tags: DAPNik Abduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd