• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberhentian 6,000 Pekerja Usaha Terakhir Selamatkan MAS

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli akademik veteran berkata pemberhentian 6,000 pekerja Malaysia Airlines (MAS) dalam pelan penyusunan semula syarikat penerbangan nasional itu harus diterima sebagai ‘qada dan qadar’ oleh kakitangan terbabit kerana inilah usaha terakhir untuk menyelamatkan MAS.

Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, langkah Khazanah Nasional Berhad mengurangkan kakitangan MAS sebagai salah satu asas utama pelan itu perlu diteruskan walaupun berdepan dengan ancaman mogok oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dan tiada sebab mengapa langkah itu perlu ditarik balik.

Dr. Zainal dari Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia berkata, para pekerja sewajarnya menerima hakikat bahawa MAS secara teknikalnya telahpun muflis seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christoph Mueller baru-baru ini dan perberhentian pekerja adalah opsyen yang muktamad.

Lagipun, mereka yang diberhentikan mempunyai peluang pekerjaan alternatif di samping menerima pampasan sewajarnya seperti terkandung di dalam perjanjian bersama (CA) untuk kebajikan mereka, katanya kepada Bernama.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada Rabu lepas bahawa sebanyak 5,500 peluang pekerjaan ditawarkan 30 syarikat kepada kakitangan berkenaan.

Ini termasuk dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malindo Air menawarkan peluang pekerjaan kepada 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan itu.

Ahmad juga berkata, pampasan dan kemudahan yang disediakan untuk kebajikan kakitangan yang tidak lagi berkhidmat dan yang masih kekal dalam MAS, menelan belanja RM1.5 bilion.

Timbalan Menteri itu juga berkata kerajaaan terpaksa membelanjakan RM19.2 bilion sejak tahun 2001 hingga 2014 bagi memulihkan MAS akibat kegagalan penswastaannya pada tahun 1990-an.

Dr. Zainal berkata pemberhentian kerja adalah lumrah bagi kakitangan di syarikat-syarikat, baik swasta atau milik kerajaan sekali pun, sekiranya operasi mereka terus mengalami kerugian.

“Jadi bermakna, orang terpaksa kembali kepada menerima qada dan qadar lah,” katanya.

Merujuk kepada ancaman mogok oleh NUFAM, beliau berkata langkah itu tidak patut diteruskan dan akan hanya merugikan lagi semua pihak tetapi beliau yakin syarikat penerbangan itu mempunyai pelan kontingensi atau pelan B untuk menangani kemungkinan itu.

“Apa saja jenis perniagaan tiada jaminan akan kejayaannya. Tetapi sekurang-kurangnya, golongan yang mengkaji masalah MAS sudah memahami di mana letaknya kos yang paling besar, yang paling berat, tak menguntungkan, yang merugikan.

“Jadi yang terbesar ini kos pengurusan, bukan kos teknikal. Walaupun Mueller nak mengurangkan bilangan kapal terbang, bilangan jenis laluan penerbangan, jadi bermakna sekurang-kurangnya daripada pengalaman yang amat pahit ini dalam usaha-usaha yang lampau ini, dia telah tahu di mana kos yang wajib dikurangkan, untuk mendapat kecekapan efisiensi itu,” katanya.

Syarikat penerbangan negara telah mencatat kerugian lebih daripada RM4.9 billion sejak permulaan tahun 2011.

Mueller telah mengatakan syarikat penerbangan baharu, Malaysia Airline Berhad (MAB), merupakan sebuah entiti yang lebih kecil, hanya dapat menampung kira-kira 14,000 pekerja.

Dr. Zainal juga berkata, dalam industri penerbangan, sukar bagi pemain industri untuk memberi jaminan tentang apa yang akan berlaku tahun hadapan.

“Tahun hadapan adakah harga minyak akan turun atau naik balik dan sebagainya; dan persaingan sudah makin hebat dan sebagainya. Tapi sekurang-kurang kita yakin kita boleh buat dengan yang lebih kecil, yang lebih kompak, yang lebih efisen, dan barang kali yang lebih komited,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: MASpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd