Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Dapatkan iPhone 6s Serendah...

MAXIS pada tahun ini telah memperkenalkan pelan Maxis Zerolution, yang mana membolehkan para pengguna...

PAN, PSM Bertelagah Isu...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukan hanya disingkir daripada Pakatan Rakyat...

794 Kes Kebakaran Terbuka...

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan 794 kes kebakaran...

JPN Rekod 159,000 Kad...

PEKAN – Sebanyak 159,000 kad pengenalan direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih...

Pelanggan Kecewa Perkhidmatan Honda Kuala Selangor

Honda KSS Otomobil dan Honda

Pelanggan anda Sangat kecewa dengan mutu perkhidmatan rendah yang diberikan/disediakan oleh KSS Otomobil sekaligus juga oleh pihak Honda….

Pelanggan tunggu berbulan-bulan setelah diberikan servis order dan aduan telah diterima sebagai benar wujud (acknowledged by technician) .

Mula-mula lagi dah kata kena tunggu sebulan lebih untuk spare part…masa bayar untuk servis takda pula kata boleh bayar lepas sebulan kan.

Namun, selepas itu, tidak ada follow up langsung daripada servis center. Bila pelanggan sendiri telefon, maklumat yang diberikan ialah waranti ditolak.

Bila masalah dirujuk kepada Honda Malaysia pula, dapat maklumat berbeza.

Rupanya servis centre di Kuala Selangor tidak ada kemampuan untuk perbetulkan masalah.

So… mengapa tidak cakap aje dari hari pertama tak reti buat? Nak ego?

Ni biarkan pelanggan tunggu berbulan-bulan.

Lepas tu tak call pun untuk bagitahu apa-apa, tunggu pelanggan yang terhegeh-hegeh call.

Untuk kekal dengan waranti, pelanggan perlu hantar servis kereta di pusat servis yang berdaftar.

Dah tentu lebih mahal daripada di luar tetapi ada pelanggan yang menerima syarat itu demi memastikan kalau ada masalah, pihak Honda akan memberikan perhatian PROFESIONAL.


Semua syarat telah dipatuhi namun bila tiba masanya persefahaman antara Honda dan pelanggan berkuat-kuasa…. hanya dapat dirumuskan bahawa pelanggan umpama dipermainkan.

Honda Malaysia pula meminta hantar sekali lagi kereta untuk diperiksa di tempat lain.

Periksa… acknowledge masalah… tunggu lagi…

Mudahnya… ingat orang takda kerja lain ke selain daripada berulang-alik ke servis centre Honda di merata tempat dan tunggu berbulan-bulan?

Memang la boleh mohon maaf … tapi anda rasa dengan memohon maaf semua benda harus dilupakan begitu sahaja?

Macam tu jadi penyakit la nanti…layan pelanggan ikut suka hati lepas tu mohon maaf dan buat lagi…begitu ke?

Sikap KSS Otomobil dan Honda dalam memantau dan menegur servis centre mereka sangat mengecewakan.

Next car… bye-bye Honda!

*Pelanggan kecewa

  • Lagi berita berkaitan:
  • Honda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori