• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahun 4 Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar tahun empat dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama adiknya dan seorang lagi rakan di Sungai Kuala Kedah berhampiran Kampung Sematang Pinang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Noraini Maisarah Musa, 10, dikatakan sedang mandi bersama adiknya Ayu Wan Mira, 9, sebelum dibawa arus yang terhasil daripada pergerakan sebuah bot yang melalui kawasan berkenaan.

Rakan mereka, Nor Alisya Natasya Yahya, 9, yang hanya duduk di tebing sungai ketika kejadian berkata sebelum ini, mereka bertiga selalu mandi di kawasan cetek di sungai itu yang terletak berhampiran dengan sebuah kilang memproses kepah.

“Kami selalu datang ke kilang itu untuk mengambil upah membersihkan kepah bagi menambah wang saku. Kebiasaannya, kami akan mandi di kawasan cetek, tetapi semalam semasa mandi sebuah bot telah lalu di situ menyebabkan berlaku alunan ombak.

“Saya tidak mandi kerana takut. Mereka berdua yang berada di dalam sungai telah dibawa jauh oleh alunan ombak dan saya cuba menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengar kerana bunyi bising enjin bot,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nor Alisya Natasya berkata seorang daripada lelaki yang berada di atas bot berkenaan telah mendengar jeritannya dan terus terjun menyelamatkan Ayu Wan Mira tetapi tidak sempat menyelamatkan Noraini Maisarah.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Jamaludin Mat Yusop yang dihubungi Bernama hari ini berkata operasi yang ditangguhkan pada pukul 11 malam tadi disambung semula pada pukul 7 pagi ini bagi mencari mangsa.

“Kita tangguhkan operasi semalam kerana cuaca gelap. Operasi disertai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dan anggota penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan menggunakan dua bot bomba,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: mati lemaspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd