• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Cross Border KPDNKK T’ganu/Kelantan Keluarkan 18 Notis

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu telah mengeluarkan sebanyak 18 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dalam Ops Cross Border yang dijalankan selama tiga hari di negeri ini.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Mohd Nor Musa berkata operasi yang bermula sejak Rabu lalu berjaya mengesan sebanyak 24 kes pelbagai kesalahan melibatkan peniaga.

“Ia adalah hasil pemeriksaan di 402 premis yang membabitkan nilai kompaun sebanyak RM3,800 dan nilai rampasan sebanyak RM1,690.

“Ini adalah Ops Cross Border yang pertama kali diadakan pada tahun ini membabitkan 19 pegawai penguat kuasa KPDNKK dari Kelantan dan 31 orang penguat kuasa KPDNKK Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di pasar tani Kampung Gong Pauh di sini hari ini.

Daripada 24 kes itu, sebanyak 13 kes dikesan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, tujuh kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tiga kes di bawah AKHAP 2011 dan satu kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Mengulas mengenai kesalahan peniaga membabitkan alat penimbang, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga perlu memeriksa ketepatan alat timbang dan sukat sertan disahkan oleh pihak berwajib sekali dalam tempoh setahun.

“Contoh macam operasi pada pagi ini, kami dapat kesan empat kes kesalahan peniaga yang membabitkan alat timbang dan sukat.

“Mereka ini dikenakan kompaun serta merta dan diharap tidak lagi melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKsempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

27/01/2025
0

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pemantauan di sempadan, susulan dua suspek kes bunuh seorang pegawai kanan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd