• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Catut II: 1,256 Kes Dan 1,115 Notis Dikeluarkan KPDNKK

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Sejumlah 1,256 kes dan 1,115 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam pemeriksaan Ops Catut fasa II bermula 1 April hingga 5 Jun lepas.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata kementeriannya sedang meningkatkan operasi di seluruh negeri bagi menangkap peniaga yang menipu dan mencatut produk jualan dan perkhidmatan mereka selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Pada Ops Catut kedua ini, menunjukkan kami bukan sahaja mengambil tindakan setakat beri kompaun, denda dan sebagainya malah bawa kami bawa ke peringkat pengadilan, mahkamah khas. Setakat hari ini ada sembilan kes yang dibawa ke mahkamah dan daripada itu sudah ada empat mengaku salah iaitu denda antara RM40,000 ke RM100,000.

“Sebagai peringatan kepada peniaga yang jahat dan tamak, supaya sentiasa sedar pihak kami senantiasa memantau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakyat CARE di Koperasi Kariah Masjid Kampung Pauh, Terachi dekat sini, hari ini.

Hasan berkata kementeriannya juga menggalakkan rakyat untuk membuat aduan terus kepada pihaknya bagi memudahkan tindakan diambil selain dapat membantu mengesan lokasi (tempat) panas penipuan sering berlaku.

Katanya lagi, penipuan berlaku di semua peringkat perniagaan sama ada daripada pengilang, pengedar, pemborong sehingga ke peniaga kecil-kecilan seperti peruncit.

Dalam pada itu, katanya sejumlah 424,166 pemeriksaan biasa dijalankan di seluruh negeri dan daripada jumlah tersebut Sabah mencatatkan pemeriksaan biasa tertinggi iaitu 52,788 pemeriksaan.

Kelantan mencatatkan pengeluaran notis tertinggi iaitu 227 notis kepada premis yang ditangkap menipu dan mencatut dalam Ops Catut fasa II, katanya. – BERNAMA

Tags: Ops Catut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5,000 Premis Diperiksa Dalam Ops Catut 5.0 Di Johor

05/09/2018
0

JOHOR BAHRU - Sebanyak 5,000 premis di negeri ini diperiksa dalam Ops Catut 5.0 yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam...

KPDNKK Perlis Periksa 94 Premis Dalam Op Catut 4.0

10/06/2018
0

KANGAR - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis telah memeriksa 3,930 barangan di 94 premis perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd