• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Gali Kubur Di Hutan Simpan Mata Ayer Dijangka Selesai Rabu

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi menggali 91 kubur fasa kedua di Hutan Simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh, Perlis yang bermula hari ini dijangka dapat diselesaikan Rabu depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lapan kenderaan membawa pasukan forensik dan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan tersebut bagi operasi tersebut.

“Insya-Allah, kami berharap operasi ini dijangka dapat diselesaikan sebelum Rabu depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) 2015.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada kontinjen PDRM yang menyertai kejohanan ‘Police and Fire Games 2015’ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Setakat ini, 35 bungkus rangka mayat telah dikeluarkan daripada penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang dipercayai ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia bemula di Kampung Wai, Kuala Perlis sehingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand sejak ia dikesan 25 Mei lepas.

Kesemua rangka manusia itu ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk siasatan patologi.

Menyentuh mengenai dalang yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Khalid tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam membantu warga Rohingya yang dikenali sebagai ‘Yassin’ yang disyaki ejen dalam sindiket tersebut.

“Kami percaya sindiket itu mempunyai ‘link’ dengan orang dalam dan pihak polis masih memburu mereka,” katanya.

Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut rakyat Malaysia yang membantu Yassin itu sama ada anggota penguat kuasa atau rakyat biasa.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya dapat melaporkan kepada balai polis berdekatan dengan segera supaya tindakan dapat diambil. – BERNAMA

 

Tags: khalid abu bakarpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd