• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Urusan Jemaah Haji: Negara Islam Lain Perlu Contohi Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Jemaah haji Malaysia yang dikendalikan oleh Tabung Haji (TH) adalah antara yang terbaik dari segi disiplin, peraturan dan pemahaman ibadah haji, kata Pengerusi Muassasah Adilla, Hatem Ben Jaafar Bali.

Beliau berkata ini kerana jemaah haji Malaysia didapati lebih fokus dan bersedia dalam mengerjakan ibadah haji.

“Persediaan jemaah haji Malaysia lebih bersistematik, tersusun dan perkara ini telah memudahkan urusan semua pihak yang terlibat menguruskan jemaah haji di sini,” katanya kepada media Malaysia di sini, Khamis.

Kenyataan beliau dalam bahasa Arab diterjemahkan oleh pegawai TH Asaad Ebau.

Turut hadir Konsul Haji TH di Madinah, Redhuan Sabaruddin.

Katanya Malaysia mendahului lima negara terbaik dari segi pengurusan jemaah haji diikuti Brunei, Indonesia, Turki dan Iran.

Sehubungan itu, beliau berharap semua negara Islam mengambil contoh TH dalam menguruskan jemaah haji mereka.

Mengenai persiapan terakhir pihaknya menghadapi musim haji tahun ini, beliau berkata pihak Muassasah Adilla telah membuka 24 maktab (pejabat perkhidmatan) untuk setiap negara termasuk Malaysia dan Asia Tenggara bagi melicinkan urusan.

Beliau berkata antara perkhidmatan yang diberikan Muassasah Adilla kepada jemaah haji ialah menyediakan pengangkutan, persiapan pasport dan penginapan.

Selain itu, katanya, kerajaan Arab Saudi membuat beberapa penambahbaikan antaranya menghentikan sementara perobohan projek pembangunan di kawasan masjid dan pembukaan lapangan terbang baharu yang lebih besar dan selesa di Madinah.

Katanya pihaknya turut menyediakan perkhidmatan ziarah luar kepada jemaah haji ke tempat bersejarah, katering dan bazar jualan keperluan jemaah yang menawarkan harga berpatutan.

Beliau berkata kira-kira 1.2 juta jemaah haji dijangka mengerjakan ibadah haji musim ini. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

IATA Hentikan Pelaksanaan Inisiatif OK Kabin

Next Post

Soalan Exam ‘Pecah Kepala’ Sekolah Rendah Jadi Viral

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Soalan Exam 'Pecah Kepala' Sekolah Rendah Jadi Viral

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd