• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32,238 Pekebun Kecil Risda Dapat Durian Runtuh

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhabaran gembira kepada 32,238 pekebun kecil Risda, antaranya pemberian durian runtuh dividen bernilai RM151.1 juta.

Agihan dividen itu berjumlah RM43.9 juta kepada sebanyak 16,080 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok (RTBB) dan RM107.2 juta kepada 16,158 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

“Saya harap pemberian dividen ini dapat membolehkan kita lebih selesa untuk sama-sama sambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika majlis penyampaian dividen Risda 2015 di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Najib berkata kerajaan sentiasa komited dalam membantu meningkatkan pendapatan bulanan serta menaik taraf hidup pekebun kecil yang merupakan kelompok B40 yang memperoleh berpendapatan bulanan purata kira-kira RM2,500.

Katanya ini ditambah lagi dengan kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit dalam pasaran dunia pada masa kini berikutan kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia.

Berikutan itu juga, kata perdana menteri, kerajaan mengadakan kerjasama erat dengan negara pengeluar untuk meningkatkan nilai eksport dan memastikan pekebun kecil melaksanakan amalan pertanian baik untuk menambah hasil pengeluaran.

Dalam majlis itu, Najib turut meluluskan Skim Khairat Kematian Pekebun Kecil Risda bernilai RM5.24 juta kepada semua pekebun kecil getah dan sawit yang berdaftar dengan Risda.

Beliau berkata skim itu bertujuan menjaga kebajikan pekebun kecil serta meringankan bebanan mereka apabila berlaku kematian akibat kemalangan dan sakit.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk dana permulaan Yayasan Risda.

Beliau berkata penubuhan yayasan itu bagi menyalurkan bantuan atau kemudahan untuk aktiviti pendidikan, sukan, sosial dan kebajikan pekebun kecil, keluarga dan kakitangan agensi itu serta syarikat milikannya.

“Kita akan menambah peruntukan kepada yayasan ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan dapat menampung kekurangan hasil negara ekoran penurunan harga minyak dan gas dengan hasil yang diperoleh menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Ini antara sebabnya kerajaan laksanakan GST, bukan tujuan untuk susahkan rakyat tetapi sebenarnya untuk kebaikan dan kebaikan itu orang tidak nampak, malah lempar pelbagai tuduhan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd