• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Sabah Tinjau Kesan, Lawat Mangsa Gempa Bumi

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah pagi ini untuk meninjau kesan gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas dan melawat penduduk yang menjadi mangsa di Ranau dan Kundasang.

Ketibaan Najib dengan pesawat khas disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan anggota-anggota Kabinet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Najib kemudian berlepas ke Ranau menggunakan helikopter dan dijadual mendarat di Padang Pekan Ranau.

Beliau dijangka melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada pukul 12 tengah hari, sebelum berangkat mendengar taklimat bencana di Restoran Liwagu.

Selepas taklimat itu, beliau akan menyerahkan bantuan kepada mangsa dan waris mangsa terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.

Perdana menteri dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini. – BERNAMA

Tags: Gempa Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd