• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Jeddah Untuk Mulakan Lawatan Rasmi

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan rasmi oleh perwakilan Arab Saudi yang diketuai Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Naif al-Saud di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz al-Saud di sini Sabtu malam (waktu tempatan).

Protokol sedemikian merupakan penghormatan buat pemimpin Malaysia yang hanya diberikan kepada pemimpin tertentu.

Beliau yang mempunyai jadual ketat di Arab Saudi tiba dengan penerbangan khas pada pukul 9.13 malam (2.13 pagi Ahad waktu Malaysia).

Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Raja Salman Abdulaziz al-Saud.

Jemputan itu menandakan hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia.

Yang turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan pada majlis sambutan tersebut.

Najib dan anggota rombongan kemudiannya menghadiri majlis bankuasi diraja di Istana As-salam di sini yang diraikan Raja Salman.

Awal Ahad, Najib akan melawat stesen Mashaaer al-Mugaddasah (Laluan Selatan) projek Makkah Metro yang turut melibatkan syarikat Prasarana Malaysia Berhad
(Prasarana).

Prasarana memenangi kontrak mengendali operasi dan penyelenggaraan fasa pertama sistem Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro) itu.

Menjelang tengah hari, perdana menteri akan menghadap Raja Salman di Istana As-Salam.

Pertemuan itu mengukuhkan lagi hubungan sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Ia merupakan pertemuan rasmi pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Raja Salman dimahkotakan awal tahun ini.

Najib dan Rosmah akan turut mengerjakan umrah. Mereka dijadual berlepas pulang pada Isnin. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd