• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Restoran Felda D’Saji Cawangan Jeddah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Restoran Felda D’Saji cawangan Jeddah di Tahlia Street pada Ahad, cawangan kedua selepas Makkah.

Sebaik memasuki restoran itu, Najib menandatangani plak sebagai tanda pelancaran dengan disaksikan Pengarah Eksekutif Kanan Felda D’Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah.

Pada Disember 2013, Najib melancarkan restoran Felda D’saji yang memulakan operasi di Menara al-Safwa bersebelahan Masjidil Haram.

Turut sama menyaksikan majlis pelancaran itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharu dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin.

Perdana Menteri kemudian bersama tetamu yang lain menikmati hidangan di restoran itu yang terletak di hab komersial paling eksklusif di Arab Saudi iaitu Tahlia Street. Tahlia Street menjadi pilihan jenama-jenama terkemuka dunia dengan barisan kedai-kedai bertaraf butik dan berkelas tinggi.

Sementara itu, bercakap kepada wartawan Malaysia selepas pelancaran, Ahmad Zaki berkata berbeza dengan restoran D’Saji di Makkah bertempat di sebuah medan selera, cawangan Jeddah menggunakan bangunan yang disewa.

Restoran dengan 112 tempat duduk itu dijangka dapat menarik pelanggan bukan sahaja dari Malaysia dan Asia malah ingin memanfaatkan kedudukan Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Arab Saudi.

Ahmad Zaki berkata restoran D’Saji cawangan Jeddah menyasarkan perolehan RM2.5 juta setahun menerusi konsep ‘fine dining.’

Sejak dibuka 1 Mei lalu, beliau berkata sambutannya amat menggalakkan dan ia telah dapat menarik purata 4,000 hingga 5,000 pelanggan tempatan dan asing di sini.

Katanya 70 peratus pelanggan adalah orang tempatan dan bakinya orang luar termasuk dari Malaysia.

Katanya FELDA memperuntukkan RM1.5 juta sebagai modal untuk operasi restoran D’Saji di Jeddah.

Ahmad Zaki berkata restoran itu menghidangkan makanan ala Malaysia dan paling mendapat sambutan ialah nasi lemak, mi mamak, roti canai dan teh tarik.

Katanya sambutan dijangka terus positif pada bulan Ramadan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd