• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Mahu Malaysia Muncul Juara Keseluruhan Sukan SEA 2017

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Malaysia muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2017 apabila menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

Justeru itu, beliau berkata program pembangunan dan latihan berprestasi tinggi untuk atlet negara perlu dipertingkatkan lagi mulai sekarang.

“Kita (Malaysia) kena meningkatkan lagi program pembangunan atlet kita dari sekarang dengan memberi tambahan latihan prestasi tinggi. Bukan sahaja di pihak kerajaan, kita perlu bantuan bukan sahaja daripada persatuan-persatuan sukan tetapi juga pihak penaja untuk program latihan.

“Program latihan ini bukan sahaja di dalam negara malahan juga di luar negara, apa yang penting ialah menambah pendedahan atlet untuk bertanding di peringkat antarabangsa sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Malaysia di sini hari ini selepas menyaksikan acara boling Masters Wanita pada Sukan SEA Ke-28 yang sedang berlangsung di republik ini.

Muhyiddin yang ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman meluangkan masa hampir setengah jam di pusat boling Orchid Bowl, Orchid Country Club, Yishun.

Selain acara boling, Muhyiddin juga dijadual menyaksikan beberapa acara lain yang melibatkan atlet Malaysia seperti gimnastik berirama, badminton, memanah dan pencak silat.

Muhyiddn berkata sebagai tuan rumah pada 2017 nanti, sasaran pingat perlu berdasarkan kepada situasi semasa acara sukan dan pencapaian atlet negara.

“Tidak mustahil jika diletakkan sasaran seperti ini (untuk muncul juara keseluruhan) dapat dicapai,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia mucul sebagai juara keseluruhan temasya Sukan SEA ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001 dengan mengumpul 111 pingat emas, 98 perak dan 86 gangsa.

Dari segi penganjuran pula, Muhyiddin berkata Malaysia boleh belajar daripada Singapura khususnya dalam memberikan standard yang terbaik atau amalan terbaik sebagai penganjur.

“Kita tidak boleh beri standard yang rendah daripada apa yang diberikan di sini,” katanya.

Beliau mengambil contoh penggunaan teknologi digital dalam semua acara yang dipertandingkan, kemudahan venue dan kemudahan-kemudahan untuk atlet sebagai penanda aras untuk Malaysia guna pakai pada 2017 nanti.

Muhyiddin turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet Malaysia pada temasya kali ini khususnya dalam kalangan atlet pelapis yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan meraih pingat emas.

“Masih ada ruang untuk kontinjen negara meraih pingat emas kerana semangat atlet kita cukup tinggi,” katanya.

Setakat ini Malaysia meraih 47 pingat emas, selepas menambah dua lagi pingat emas hari ini melalui acara pencak silat dan memanah. – BERNAMA

 

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd