Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Ketabahan Pesakit Kanser Meneruskan...

JOHOR BAHRU - Walaupun sudah disahkan menghidapi kanser usus tahap empat sejak tahun...

PM Tinjau Persiapan Keperluan...

SUBANG - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau persiapan penghantaran barang-barang...

Mahkamah Batal Rayuan Peguam...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan peguam kanan yang berpangkalan di...

Skandal Banglo LGE: Shahbudin...

TASEK GELUGOR - Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya tidak berminat melayan...

MT Orkim Harmony: Najib Lega, Ucap Terima Kasih

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam memastikan kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirampas, dibebaskan dengan selamat.

“Alhamdulillah, saya berasa lega dan bersyukur bahawa kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah selamat dibebaskan awal pagi Jumaat.

“Terima kasih kepada semua yang telah berusaha keras untuk memastikan mereka selamat dibebaskan,” katanya dalam catatan terbaru dalam Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri malah amat prhatin apabila mengikuti dengan teliti drama rampasan yang berlaku lebih seminggu lalu serta mengemas kini segala maklumat terbaharu menerusi laman Twitter beliau sendiri.

TERKINI! Kru Kapal Tangki Orkim Harmony Dibebaskan Pagi Tadi

Kapal tangki milik sebuah syarikat tempatan, Magna Meridian Sdn. Bhd. itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima warga Indonesia dan baki seorang lagi dari Myanmar.


Kesemua anak kapal tersebut berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori