• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orkim Harmony: 3 Pesawat Dihantar Jejaki Perampas

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat P-3C Orion, C130 dan pesawat Beechcraft kini sedang menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata TLDM turut menghantar tiga kapal dan dua helikopter untuk menyertai operasi pencarian.

Abdul Aziz yang mengemaskinikan operasi berkenaan melalui akaun Twitter beliau berkata lapan perampas melarikan diri daripada kapal tangki berkenaan pada kira-kira 8.30 malam tadi, menggunakan bot penyelamat.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah dibebaskan pada kira-kira 2.30 hari ini.

Kesemua anak kapal selamat kecuali seorang tukang masak warga Indonesia yang cedera akibat ditembak di paha oleh penjenayah berkenaan.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi esok.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

Tags: MT Orkim Harmony
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8 Lelaki Rompak Kapal MT Orkim Harmony, Dipenjara

27/11/2016
0

KOTA TINGGI - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 15 dan 18 tahun terhadap lapan lelaki warga...

Suspek Rampas MT Orkim Kini Tahanan Malaysia

29/11/2016
0

SENAI - Lapan suspek kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony Jun tahun lepas kini berada dalam tahanan di Malaysia....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd