Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Izreen Dah Nikah, Isteri...

AKHIRNYA segala tanda tanya terjawab apabila isteri pertama kepada pemuzik bebas program Gegar...

PANAS!! VIDEO : Hadi...

TUMPAT - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya berteka-teki malam tadi...

1MDB Sambut Baik Penjelasan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyambut baik kenyataan jelas Suruhanjaya Pencegahan...

Berita Tular Penculikan, Jual...

Georgetown : Polis menyifatkan berita penculikan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular...

M’sia Akan Guna Penanda Aras Dunia Had Umur Daki G.Kinabalu

SINGAPURA – Malaysia akan menggunakan penanda aras dunia berhubung cadangan supaya menetapkan had umur bagi mendaki Gunung Kinabalu susulan kejadian gempa bumi di Sabah pada 5 Jun lepas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini adalah cadangan kerajaan negeri Sabah dan pihak yang berkenaan dengan soal penganjuran sukan pendakian gunung.

“Dan kalau ada penanda aras antarabangsa yang digunakan bagi paras umur yang sesuai kita boleh guna pakai. “Tetapi apa-apa kita serahkan kepada mereka (yang berkenaan), katanya.

Muhyiddin yang ditemani isteriya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berkata demikian ketika ditemui pemberita Malaysia di sini pada Ahad selepas menyaksikan acara boling Masters Wanita pada Sukan SEA Ke-28 yang sedang berlangsung di republik ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan isterinya Datin Norshiha Hasbullah.

Berhubung mangsa warga asing termasuk dari Singapura yang terkorban di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi itu, Muhyiddin berkata, segala bantuan telah diberikan kepada mereka yang ditimpa kemalangan dan maut termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mayat.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat (dengan pengurusan tersebut).


“Ini tugas kita sebagai negara yang bertanggungjawab, kita bantu mereka yang ditimpa kemalangan,” katanya.

Dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang melanda Sabah pada 5 Jun lepas, 18 orang terkorban termasuk 10 warga Singapura.

Mereka yang terkorban ialah tujuh murid dan dua guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong dan seorang pemandu kembara semasa satu lawatan berdarmawisata di Gunung Kinabalu.

Selepas kejadian gempa itu terdapat pelbagai pihak yang membuat cadangan supaya pendaki berusia bawah 15 tahun perlu dilarang daripada mendaki Gunung Kinabalu.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia akan melihat protokol keselamatan bagi mereka yang mendaki gunung tersebut. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori