Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Diminta Siasat Pencerobohan...

TAWAU - Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Restoran Di Miri Diberi...

MIRI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengesan sebuah...

Naib Presiden UTAR Maut...

IPOH - Naib Presiden (Pembangunan Pelajar dan Hubungan Alumni) Universiti Tunku Abdul Rahman...

Giliran Skuad Futsal Negara...

PETALING JAYA – Skuad futsal kebangsaan mahu menjadikan pencapaian bersejarah skuad Bawah 23...

Masyuk! Pak Ya Jual 11,000 Popia Setiap Hari

BAGI pengunjung Bazar Ramadhan Desa Pandan pula, gerai popia “Pak Ya Popia Power” semestinya sudah tidak asing lagi buat mereka.

Mana taknya, setiap hari gerai itu pasti akan penuhi dengan orang ramai yang beratur tidak putus-putus untuk mendapatkan popia istimewa itu.

Popia yang juga diberi jolokan “Popia Giant” itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Yahya Ibrahim, 67 dan Norimah Abd Wahab dikatakan mampu menjual sehingga 11,000 popia setiap hari.

Gerai “Pak Ya Popia Power” hanya menjual tiga jenis popia iaitu, popia madu, popia goreng dan popia basah.

pak ya

popia2

Menurut Yahya, dia dan isteri akan menyediakan bahan bagi membuat popia seawal jam 7.30 pagi dan dibantu oleh enam kakitangan.

Memetik laporan dari myMetro, Yahya juga berkata biarpun popianya sedikit mahal, orang ramai tidak merungut tentang itu.

“Biarpun dijual pada harga RM1 bagi satu, kami tidak menerima sebarang rungutan daripada pelanggan berikutan saiznya yang besar dan tidak boleh didapati di tempat lain,” katanya.

popia3


popia4

“Saya juga tidak akan menaikkan lagi harga biarpun kos sara hidup yang kian meningkat kerana mahu menjaga pelanggan setia kami,” katanya lagi.

Di media sosial, orang ramai memuat naik gambar gerai popia Pak Ya Popia Power dan menjadi bualan di internet.

popia8

popia7

Pergh, terleleh air liur dah ni!

Bagi kami yang menggemari  popia, sudah pastinya hidangan tersebut sudah menjadi wajib ketika berbuka puasa.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori