• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Secara Teknikal Telah Pun Muflis – CEO

oleh
04/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) dari segi teknikal sudah jatuh muflis, kata CEO baharunya pada Isnin ketika beliau memberikan perincian tentang rancangan untuk menstabilkan syarikat yang dilanda kerugian besar.

“Kami dari segi teknikal telah pun muflis, dan prestasi syarikat sudah merosot lama sebelum dua tragedi udara berlaku pada 2014,” kata Christoph Mueller, merujuk kepada tragedi pesawat MH370 dan MH17 tahun lalu.

Di bawah kepimpinan beliau, MAS bermula pada 1 Jun mula menghantar surat pemberhentian kerja kepada kesemua 20,000 kakitangan sedia ada dan ini termasuk memberhentikan secara muktamad 6,000 pekerja.

Daripada jumlah itu, 14,000 ditawarkan semula kontrak kerja untuk menyertai syarikat baharu dikenali MAS Berhad, yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan September depan, jelas Mueller, seorang warga Jerman.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata langkah pembuangan 6,000 pekerja itu perlu kerana syarikat tersebut sejak sekian lama menanggung beban kos 20 peratus lebih tinggi daripada pesaing-pesaingnya selama ini.

Di bawah pimpinan Mueller, 52 tahun; MAS merancang untuk mencergaskan semula perniagaannya mulai 1 September dengan kempen penjenamaan baharu; susulan imejnya tercalar akibat tragedi MH17 dan MH370.

Selain mengurangkan jumlah pekerjanya, di bawah rancangan rombakan empat tahunnya, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan rangkaian laluan penerbangannya dan menyusun semula organisasi dan operasinya.

Mueller, bekas juruterbang dan warga asing pertama menerajui MAS juga menjelaskan kekeliruan bahawa mereka akan kekal sebagai syarikat penerbangan antarabangsa, bukannya serantau seperti jangkaan pelbagai pihak. - AFP

Nota: Hayati nostalgia rakaman flashmob bertemakan ‘Rindu’ oleh MAS di KLIA pada 2012 dan iklan televisyen MAS sempena Hari Merdeka pada 1988.


Tags: Christoph MuellerMASMH17MH370penerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd