Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

7,000 Sukarelawan Puteri UMNO...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,000 sukarelawan Puteri Umno dan Sahabat Puteri menyertai 'Skuad...

Ambil Peluang Majlis Ilmu...

KUANTAN - Golongan wanita disaran mengambil peluang daripada penganjuran majlis ilmu bagi menambah...

Anak Tun M Bekal...

KAYA.... Selepas kecoh dengan isu Opcom Holdings yang Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri...

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian...

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret Kuantan memutuskan bahawa kecuaian pemilik meninggalkan kenderaan di tepi...

Mangga Harum Manis, Harumkan Nama Perlis

KANGAR – Mangga Harum Manis begitu popular hinggakan ada yang sanggup menempah secara dalam talian seawal ia berbuah lagi.

Namanya sahaja sudah cukup untuk menjelaskan rasa mangga itu sendiri, yang hanya sesuai ditanam di beberapa bahagian Perlis. Rasanya yang enak, ranum dan manis menjadikan ia lebih istimewa dan dikenali ramai.

Musim Harum Manis yang biasanya bermula awal April sehingga awal Jun setiap tahun sering ditunggu-tunggu bukan sahaja rakyat Malaysia malahan negara seperti Jepun dan Thailand.

PENGUSAHA LADANG PEROLEH PENDAPATAN LUMAYAN

Bagi Ismail Lebai Ayub, 55, yang mengusahakan ladang Harum Manis dan mempelam Sala di Kampung Baru Panggas, Chuping, berkata, pendapatan yang diperoleh bagi musim ini sahaja mencecah sehingga RM100,000.

Beliau yang mengusahakan ladang tersebut dengan bantuan Jabatan Pertanian negeri Perlis selama lima tahun, mampu berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.

Jelasnya, harga Harum Manis boleh dijual antara RM18 hingga RM30 sekilogram. Bagi sebatang pokok Harum Manis secara purata boleh menghasilkan 200 buah yang boleh memberi pulangan sehingga RM6,000.

Sehingga ke hari ini, lebih 16,000 buah sudah dijual.

Dalam meningkatkan produktiviti buah, beliau turut melakukan teknik cantuman (kahwin) antara pokok Sala dan pokok Harum Manis.

“Biasanya pokok Sala yang tidak produktif, kita cantumkan (kahwin) dengan ranting pokok Harum Manis guna teknik tertentu jadi boleh jimatkan guna tanah,” katanya kepada Bernama.

DARI SELATAN KE UTARA CARI HARUM MANIS

Ramai sanggup memandu sejauh lebih 500 km hanya untuk membeli buah mangga ini.

Mohd Zain Abdullah, 50, dari Seremban, nama Harum Manis disifatkannya “harum” sehingga ke selatan, menyebabkan beliau sanggup datang ke utara semata-mata mencari buah tersebut.

Malahan, beliau sempat membeli tiga kilo buah Harum Manis dengan harga keseluruhan bernilai RM90 untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan dan saudara maranya.

Sekilo Harum Manis, biasanya bersamaan satu hingga tiga biji harum manis saja!

Seorang lagi pengunjung dari Seremban, Baharuddin Mat Jahi, 51, berkata, beliau yang kebetulan mempunyai urusan di Kedah sanggup datang untuk merasai buah Harum Manis.

Beliau sempat membeli benih pokok sebagai kenang-kenangan dan bercadang menanamnya di halaman rumah.

“Saya selalu dengar orang sebut-sebut, jadi saya datang sini nak beli buah ini, sambil makan pulut mangga yang terkenal di negeri ini,” katanya.

Bagi seorang peminat buah mangga, Zarinah Abd Shukor, 51, harga yang mahal tidak menjadi penghalang kepadanya untuk membeli memandangkan keenakan isinya ranum dan halus.


“Kita percaya harga mahal sebab nak penjagaan, kos penyelenggaraan, sebab tu harga dia mahal,” katanya.

Ketiga-tiga mereka yang ditemui Bernama di Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang berpendapat, Harum Manis mampu menjadi satu produk pelancongan Perlis.

KEPELBAGAIAN PRODUK HARUM MANIS TARIK PELANCONG

Seorang usahawan di bawah Jabatan Pertanian, yang mengusahakan ‘Muna De Cafe’ di Pusat Agro Pelancongan Bukit Temiang, Beseri, Harum Manis telah menjadi satu fenomena luar biasa, dan menjadi sumber pendapatan dan aset pelancongan.

“Ia sumbang ekonomi kepada rakyat Perlis, pemasar, pekebun, pemasar produk,” katanya.

Kafe beliau, jelasnya mendapat kunjungan luar biasa oleh mereka yang ingin memakan Pulut Mangga, yang terkenal di utara, selain mendapatkan beberapa produk Harum Manis seperti kordial dan jus Harum Manis.

Selain menjual pulut Harum Manis, beliau turut menjual buah Harum Manis yang diperolehnya daripada peladang-peladang dan dijual dengan harga RM30 sekilo.

“Biasa orang jauh datang sini, sambil makan pulut mereka datang untuk cari buah dan produknya untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan,” katanya.

Untuk jualan Harum Manis dan produknya sahaja bagi musim ini, beliau berkata pendapatan diperoleh boleh mencecah sehingga RM30,000.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi memastikan kesinambungan setelah berakhirnya musim Harum Manis, pihak yang berkenaan perlulah memastikan buah-buahan tempatan lain seperti cempedak, durian dan mangga lain turut dikomersialkan.

PERANAN JABATAN PERTANIAN PERLIS

Pengarah Jabatan Pertanian Perlis Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata pesta Harum Manis yang bermula 1 Mei lepas di Pusat Kecemerlangan Harumanis, Bukit Bintang Batu Pahat, Bintong, Perlis sehingga kini sudah menarik kedatangan lebih 30,000 pengunjung.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini pengunjung boleh menaiki kereta api khas dengan bayaran RM3, sambil diberi penerangan berkenaan Harum Manis oleh pegawai bertugas, sebelum ke tempat pembelian buah yang terletak di dalam ladang seluas 60 hektar milik Jabatan Pertanian Perlis.

“Secara ini pengunjung juga boleh belajar mengenai Harum Manis, cara pemprosesan, pengumpulan, nak kenal buah rosak macam mana, bezakan buah Sala dan Harum Manis,” katanya.

Beliau berkata, sambutan tahun ini amat memberangsangkan dan luar biasa sehinggakan pengunjung dinasihati menghadkan pembelian bagi memberi peluang kepada pengunjung lain membeli dan merasa mangga Harum Manis.

Bagi musim ini sahaja, seluas 655 hektar ladang telah menghasilkan kira-kira 3,200 metrik tan Harum Manis.

“Ladang Jabatan Pertanian seluas 60 hektar di pusat ini menghasilkan 150 metrik tan bagi tahun ini berbanding 100 metrik tan tahun lepas,” menurutnya . – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori