• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malim & Pasukan Penyelamat Bekerjasama Dalam Misi SAR

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – “Kami bekerjasama. Saya cukup ‘respect’ (hormat)…kami semua (malim gunung) juga berterima kasih kerana mereka membenarkan kami menggunakan peralatan milik mereka.

“Kami berjaya menyelamatkan 137 pendaki terkandas di puncak gunung,” demikian kata seorang malim Gunung Kinabalu tentang peranan agensi dan pasukan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) dalam kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Lawrence Gopog, 43, berkata pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa agensi penyelamat lain membantu malim dalam misi itu.

Katanya, pasukan dan agensi penyelamat memiliki kelengkapan alat yang cukup namun mereka perlukan bantuan malim gunung yang lebih mengetahui selok belok di gunung.

“Berbanding dengan kakitangan agensi penyelamat mereka juga mahir (dalam soal menyelamat) tetapi bukan (selok-belok) di gunung…tetapi mereka berusaha membantu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau berkata mereka juga memastikan kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu dibawa turun dari gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Lawrence yang juga bekas tentera dan berasal daripada kampung Bundu Tuhan, merupakan antara 30 malim terawal berkumpul di Timpohon Gate untuk bersiap sedia dalam misi mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu.

Tragedi gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter di Ranau pada 5 Jun lepas meragut 18 nyawa membabitkan sembilan warga Singapura, enam warga Malaysia, masing-masing seorang dari Jepun dan China dan seorang warga Filipina merupakan penduduk tetap Singapura.

Dalam pada itu, Lawrence turut berterima kasih kepada kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang akan menyumbang 100 unit walkie-talkie untuk kegunaan malim gunung di masa hadapan.

“Sebelum ini, kami guna telefon sendiri untuk berkomunikasi sesama sendiri, dan penyaluran 100 walkie-talkie ini merupakan satu perkara baik yang dinantikan,” katanya.

Sementara itu, Jonathan Nius, 21, yang fotonya menyelamatkan seorang pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) dalam kejadian gempa bumi itu menjadi viral di laman sosial, menjelaskan beliau bukan malim gunung sebaliknya seorang pekerja di Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Beliau berkata keadaan pada pagi itu cukup kelam kabut apabila kawasan di Laban Rata bergegar kuat.

Menceritakan keadaan ketika itu, pemuda itu berkata sewaktu berlari menyelamatkan diri bersama-sama pekerja yang lain, dia terserempak dengan pelajar itu, Hana Kim Santiago yang cedera di kaki.

“Saya membalut pergelangan kakinya yang cedera teruk sebelum memikul pelajar itu di belakang saya dan terus turun ke bawah, pada waktu itu saya hanya berharap kami semua selamat,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Gempa Sabahmalim gunung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya 2.2 Peratus Rakyat Malaysia Menderma Darah

Next Post

YADIM Lawat Agensi Kerajaan Dan Swasta Sepanjang Ramadan

Related Posts

JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

14/07/2017
0

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berhasrat menarik lebih banyak penyertaan malim gunung di negeri ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Bomba Bantuan khusus...

Baling Sudah Ada Malim Gunung

30/05/2016
0

BALING - Persatuan Malim Gunung Pulai menyediakan 34 orang malim bagi membantu orang ramai mendaki gunung tersebut. Ketuanya Mohd Nazri...

Next Post

YADIM Lawat Agensi Kerajaan Dan Swasta Sepanjang Ramadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd