• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malim Gunung Tekad Keluarkan Mayat Rakan, Cari Pendaki Hilang

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – “Semangat kami tidak goyah malah bertambah kuat apabila melihat mayat rakan masih tertimbus di atas sana,” kata malim gunung, Himrayizan Rozlan sebelum mendaki Gunung Kinabalu dalam misi menyelamat pagi tadi.

Himrayizan, 26, berkata mayat seorang rakan sekerja mereka sudah ditemui semalam, namun sukar dikeluarkan kerana tertimbus hingga paras leher.

Lebih menyukarkan katanya, ketika usaha untuk mengeluarkan mangsa, runtuhan terus berlaku menyebabkan kerja penggalian dihentikan.

“Keadaan di atas sana memang amat merbahaya sekarang. Runtuhan kecil selalu berlaku dan dikhuatiri mencederakan kami.

“Hari ini kami naik lagi dan akan berusaha mengeluarkan mayat rakan serta mencari yang lain yang masih hilang,” katanya ketika ditemui sebelum memulakan pendakian di Timpohon bersama sekumpulan malim gunung, pagi

Seramai 40 malim gunung mendaki Gunung Kinabalu manakala 50 lagi menaiki helikopter untuk menyertai misi mencari dan menyelamat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti malim gunung yang masih tertimbus itu bagi menghormati perasaan keluarga mangsa.

“Tunggulah pengumuman rasmi pihak berkuasa, tetapi kami amat pasti mangsa itu adalah rakan sekerja kami kerana mukanya jelas kelihatan,” katanya.

Mengenai pelbagai dakwaan pihak yang mempertikaikan pasukan penyelamat yang tersebar di media sosial, Himrayizan berkata, hanya orang yang arif dengan keadaan di Gunung Kinabalu sahaja yang tahu kesukaran mendaki gunung itu.

“Mereka boleh kata apa sahaja, tetapi mereka harus faham kesukaran di atas sana…gegaran kerap berlaku dan terlalu merbahaya.

“Cuba mereka berada bersama malim gunung, mereka akan tahu apa yang kami hadapi,” katanya. – Berita Harian Online

Tags: Gempa Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd