• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Kuasai Sukan Terjun

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia terus menguasai acara terjun pada Sukan SEA Singapura hari ini dan menduduki tempat teratas dengan meraih enam pingat emas, dua perak.

Pasangan Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih pingat emas kelima untuk Malaysia melalui acara papan anjal 3m berirama wanita di OCBC Aquatics Centre di sini.

Pasangan itu mengumpul 292.62 mata untuk mengatasi pasangan Singapura Ashlee, Tan-Fong Kay Yian (242.94) dan pasangan Vietnam Ngo Phuong Mai-Hoang Le Thanh Thuy (227.94).

“Setelah kami digandingkan untuk julung kalinya pada Sukan Komanwel (di Glasgow, Scotland), jurulatih kami melihat wujud keserasian antara kami dan sejak itu, kami terus menjalani latihan bersama untuk acara ini.

“Saya gembira kerana memenangi pingat emas kedua saya pada Sukan Sea, walaupun melalui acara berlainan,” kata Nur Dhabitah.

Penerjun berusia 15 tahun itu memenangi pingat emas ketika berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara platform 10m berirama pada sukan Sea Myanmar 2013.

Ooi Tze Liang pula memenangi pingat emas ketiganya melalui acara platform 10m individu hari ini.

Atlet ini mengumpul 415.50 mata untuk mengatasi rakan sepasukan, Chew Yiwei (393.65) dan penerjun Singapura Jonathan Chan (356.55).

“Saya gembira kerana meraih pingat emas ketiga, walaupun terjunan saya tidak begitu baik. Tiga terjunan pertama ok, tapi terjunan berikutnya tidak begitu stabil.

“Setelah tiga hari bertanding, saya rasa agak letih, tetapi saya akan cuba mempamerkan persembahan terbaik pada pusingan akhir esok,” kata penerjun berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu.

Esok, pemenang pingat emas Sukan Komanwel ini akan bersaing dalam acara papan anjal 3m lelaki. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd