Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Tikam Belakang,...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan PAS sewaktu Mesyuarat...

Ada ‘Tangan-Tangan Langit’ Halang...

KUALA LUMPUR - Ada golongan ahli PKR mendakwa wujud campur tangan pihak tertentu...

Nafi Cadang Perogol Kahwin...

KUALA LUMPUR - Datuk Shabudin Yahya hari ini menafikan bahawa beliau telah mencadangkan...

Toyota Wish RM70,000 Klon...

PADANG BESAR - Sepasukan anggota Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dari Chuping merampas sebuah...

Malaysia Perlu Pusat Pemantauan Gempa Bumi

RANAU – Malaysia memerlukan sebuah pusat pemantauan gempa bumi sebagai keperluan dan kesiapsiagaan negara menghadapi kejadian gempa bumi pada masa akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pusat pemantauan gempa bumi itu dilihat perlu memandangkan Malaysia, khasnya di Sabah, masih belum mempunyai pusat yang khusus untuk mengesan pergerakan kemungkinan berlakunya bencana alam itu.

“Ini (gempa bumi) bukan perkara yang kita boleh duga. Bagaimanapun, bencana ini kini berlaku. Oleh itu, kita harus mengambil langkah untuk menangani kemungkinan di masa hadapan. Kita telah ada jabatan seperti Geo Sains dan sebagainya, cuma kita tidak ada pusat pemantauan gempa bumi.

“Seperti kejadian baru-baru ini, tiada satu pihak mengeluarkan amaran (awal) ia akan berlaku, kerana tidak ada jabatan khususnya di Sabah yang dipertanggungjawabkan bagi memantau bencana ini,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai bencana itu di sini, hari ini.


Muhyiddin berkata kajian akan dilakukan terlebih dahulu membabitkan pakar geosains dari dalam mahupun luar negara untuk mengenal pasti langkah ke arah penubuhan pusat itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori