• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Dadah Terbongkar, Tujuh Ditahan

oleh Ahmad Albab
24/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis membongkar dua makmal memproses dadah dan menahan tujuh individu dalam serbuan di tiga lokasi di bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, bertindak atas maklumat polis menahan seorang lelaki dan wanita tempatan pada 12.05 malam di Taman Pelangi, di sini, manakala seorang wanita rakyat Vietnam di Taman Century, di sini.

“Pemeriksaan ke atas premis di Taman Pelangi yang menjadi makmal memproses dadah itu menemui serbuk ecstasy seberat 766.45 gram, serbuk putih disyaki dadah seberat 1.18 kilogram serta pelbagai peralatan memproses dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rusli berkata, lanjutan penahanan ketiga-tiga mereka, polis menyerbu sebuah premis di Taman Bayu Puteri, di sini, sejam kemudian dan menahan empat lagi lelaki.

Beliau berkata, pemeriksaan di premis yang turut dijadikan makmal memproses dadah itu menemui 270 pil ecstasy, 830.85 gram serbuk ecstasy serta 736.9 gram serbuk putih disyaki dadah.

Katanya kesemua tujuh individu yang direman selama seminggu berumur 24 hingga 36 tahun dengan tiga daripadanya positif dadah manakala seorang lagi mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Menurut Rusli, kesemua serbuk berkenaan boleh diproses untuk menghasilkan kira-kira 12,000 biji pil bernilai RM550,000 yang dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan polis percaya kegiatan memproses dadah terbabit aktif sejak setahun lepas.

Dalam kes lain, Rusli berkata pihaknya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes curi motosikal di sekitar Skudai, di sini, dengan penahanan empat lelaki di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

“Serbuan terhadap kesemua suspek yang berumur 18 hingga 22 tahun itu dilakukan pada jam 3.30 petang dan pemeriksaan menemui 66 komponen motosikal yang dileraikan bersama lima enjin motosikal yang masih baru serta berminyak,” katanya.

Beliau berkata tiga daripada lelaki itu positif dadah dan kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut berhubung kegiatan mencuri motosikal serta penjualan komponen motosikal curi. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=c2xN20Ua5ME

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd