• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Masyarakat M’sia-Thai Di Sempadan Banteras Jenayah

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATUN, (Selatan Thailand) – Masyarakat Thailand dan Malaysia di sempadan kedua-dua negara diminta memperkasakan hubungan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa masing-masing bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah melalui usaha berkenaan, pelbagai jenayah serius seperti penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api serta pemerdagangan manusia di sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

“Kecurian kenderaan dan penyeludupan termasuk barangan larangan seperti daun ketum dari Malaysia ke Thailand akan dapat ditangani seandainya masyarakat di sempadan kedua-dua negara bersedia berkongsi maklumat.

“Isu bersama seperti ini sewajarnya diperhebat dengan melibatkan masyarakat tempat supaya punca dari akar umbi dapat dihapuskan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah demikian pada majlis berbuka puasa sempena program ‘Ihya Ramadan’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Majlis Agama Islam (MAI) Satun di Masjid Ban Kuan (Kampung Guar) di sini, malam tadi.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Keberangkatan baginda berdua disambut Yang Dipertua (YDP) MAI Satun, Harun Omarji dan imam masjid, Ali Natipan.

Turut hadir Gabenor Satun Dejrath Simsiri, Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga YDP MAIPs bertitah hubungan masyarakat tersebut boleh disemarak dan disuburkan melalui aktiviti keagamaan, pendidikan, kebudayaan, sukan dan saling kunjung mengunjungi.

“Cara ini diyakini akan membentuk satu sistem perkongsian dan penyaluran maklumat secara bijak dan pantas,” titah baginda dan menambah pasukan keselamatan Malaysia-Thailand wajar mengadakan operasi bersama lebih kerap terutama bagi mengenal pasti kawasan berisiko.

Baginda turut mengingatkan agar kedua-dua pihak memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab dan mengelak menimbulkan isu yang mendatangkan ketegangan yang mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Sebelum itu baginda dan rombongan MAIPs singgah di masjid-masjid di Pulau Panjang, Kampung Puyu, Tanjung Gabus dan Sekolah Rendah Pulau Panjang untuk menyampaikan sumbangan MAIPs. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd