• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki ‘Kantoi’ Mengintai Wanita Buang Air Di Tandas

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Chukai – Gelaran lelaki miang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki berstatus suami apabila dia ‘kantoi’ ketika mengintai seorang wanita membuang air di tandas Lapangan Terbang Kerteh, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu dicekup orang ramai yang menyedari perbuatannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun dan bekerja di kios di kawasan itu sedang membuang air.

Katanya, kehadiran suspek disedari mangsa apabila melihat rambut di bawah pintu tandas menyebabkan dia menjerit meminta pertolongan.

“Sebaik mendengar jeritan mangsa, suspek segera melarikan diri bagi mengelak dicekup, tetapi tidak berjaya.

“Orang awam yang kebetulan mendengar jeritan itu bergegas ke arah mangsa dan berjaya menahan suspek,” katanya ketika ditemui.

Sumber berkata, suspek yang sudah mempunyai seorang anak dipercayai berada di kawasan berkenaan atas urusan kerja sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kerteh dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dalam khalayak ramai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro Online

Tags: mengintaiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd