• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangalesh Maut Ditikam Di Nibong Tebal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki Bangladesh maut ditikam di hadapan sebuah kilang perabot di Nibong Tebal di sini, malam tadi.

Shamim Shah, 35, yang cedera parah di dada dan perut dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dan meninggal dunia ketika dirawat kira-kira pukul 1 pagi ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, Shamim dilapor diserang dua lelaki ketika ingin masuk ke kilang selepas membeli barang di kedai berdekatan.

“Mangsa dihampiri dua lelaki dan ditikam ketika dia berada di luar pagar kilang dan memanggil rakannya untuk membuka pintu pagar yang berkunci.

“Rakan mangsa yang berada di kawasan belakang kilang untuk mengambil kunci pagar terdengar jeritan mangsa dan melihat mangsa memanjat pagar kilang dengan badan berlumuran darah,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata lelaki itu sempat memberitahu rakannya yang dia ditikam oleh dua lelaki bersenjatakan pisau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Polis juga sedang menyiasat motif kejadian. Kami menolak kemungkinan mangsa disamun kerana barangan milik mangsa termasuk wang tunai dan telefon bimbit tidak hilang,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=psGXsZFNE-Y

Tags: tikamwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd