• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Jika Ragui Status Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang ramai yang meragui status keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan diminta memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan pemantauan dilakukan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata laporan boleh dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah memulakan aktiviti pemantauan sebelum bermulanya bulan Ramadan di peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara aspek keselamatan makanan yang ditekankan semasa pemeriksaan ialah memastikan semua pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, latihan pengendalian makanan dan mendapat suntikan pelalian antitifoid, kebersihan pengendali makanan, amalan pengendalian makanan yang baik serta aspek kebersihan gerai, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata selain pemeriksaan, kementerian itu juga giat menjalankan aktiviti promosi berkenaan keselamatan dan kebersihan makanan, antaranya iklan ‘Perhati dan Pilih’ melalui radio pada sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti tersebut bertujuan mendidik pengguna untuk sentiasa peka tentang aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa membeli dan memilih makanan di bazar Ramadan, katanya. – BERNAMA

Tags: bazarKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd